Aku ingat lagi macamana sendunya aku tahun lepas bila Ayam meraikan kenaikan DG beliau dari DG41 ke DG 44 secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan dan aku hanya mampu memandang dari kejauhan sebab permohonan kenaikan pangkat aku tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan / Pengetua sekolah lama aku. Aku tahu rezeki tu kerja Tuhan. Kita sebagai manusia biasa yang berstatus hamba ni tak layak nak mempertikai kerja Tuhan. Rezeki bukan manusia yang kasi. Aku tahu tu. Tapi aku tetap rasa tindakan orang berkenaan adalah sangat kejam, tidak berhati perut dan sangat menyusahkan aku. Kenyang aku makan penipuan manusia - manusia disekeliling aku pada masa tu. Dahlah aku dipindahkan konon - kononnya atas sebab keperluan dan kesenioritian. Rupa - rupanya aku dipindahkan sebab ada manusia kuat main wayang. Dahlah begitu, permohonan kenaikan pangkat aku pulak tidak diperakukan. Jadi dari situ memang sudah terang lagi bersuluhlah kenapa sebenarnya aku dipindahkan. Ada yang butthurt dengan aku. Diperkuatkan lagi dengan komen Ketua Jabatan / Pengetua sekolah lama aku dekat borang kenaikan pangkat tu - "Perlukan bimbingan lagi untuk menjadi guru yang baik dari segi hubungan dengan rakan sekerja."Maka memang confirmlah ada manusia yang teramat butthurt dengan aku.
Sepatutnya, dalam masa 30 hari selepas Ketua Jabatan / Pengetua tidak memperakukan permohonan aku tadi, aku WAJIB diberitahu. Aku WAJIB diberitahu bahawasanya permohonan aku tidak diperaku dan aku WAJIB diberitahu sebab musabab permohonan aku tersebut tidak diperaku. Dan dalam masa 30 hari tu jugak aku boleh kemukakan rayuan. Sebab kalau dalam masa 30 hari ni aku tak kemukakan rayuan, maka permohonan aku dah masuk dalam cooling period, tak boleh nak buat apa -apa melainkan kena buat permohonan baru (Dalam jangkamasa setahun atau lebih) atau aku kena buat permohonan untuk calon cicir which was sadly, untuk kes aku, permohonan calon cicir telahpun ditutup. Jadi diorang dah kejam dua kali dengan aku dekat sini. Takde siapa pun yang bagitahu aku bahawa permohonan aku tidak diperaku dan sudahnya aku terlepas semua tarikh-tarikh penting sama ada untuk buat rayuan, permohonan semula ataupun permohonan calon cicir. Dan bila aku tanya pentadbir sekolah lama, takde satu jawapan munasabah pun yang aku dapat melainkan : "Saya tidak mahu memanjangkan lagi hal ini."Aku nak tanya, kalau kau dekat tempat aku, apa kau rasa? Tak payah nak sembang masjid suruh bersabar, suruh pasrah suruh redha apa semua, tu aku tahu. Aku orang Islam. Konsep kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa tu kena diletakkan ditingkat tertinggi. Sekarang ni kau ni ibarat sudah jatuh ditimpa tangga tercium taik ayam candu pulak. Dipindahkan. Dinafikan kelayakan kenaikan pangkat. Lepas tu dibuat macam manusia takde hati dan perasaan. Kalau kau, kau suka ke kena macam ni?
Kes ni aku rujuk ke Putrajaya. Aku dirujuk kepada Puan Kamisah Binti Kasim. Pegawai yang handle kes aku ni. Aku nak ucapkan terima kasih sedunia kepada Puan Kamisah sebab dia tolong aku dengan penuh bersungguh-sungguh. Setiap email aku sap sap sap sepantas kilat dia balas. Dia guide aku one by one apa kena buat apa semua, dia jugak yang tolong called kan sekolah lama untuk tahu status sebenar kes aku ni. Dan dia jugaklah yang beri solusi apa yang aku kena buat for the next steps. Terima kasih Puan. Allah saja yang dapat membalas jasa baik Puan. Dan selepas tu, kes aku ni dihandle oleh Pembantu Tadbir dekat sekolah baru aku. Dahlah baik, tak pernah marah-marah atau tinggikan suara walaupun aku banyak tanya itu ini. Kak Halimah lah yang tolong checkkan markah aku setiap tahun. Dari tahun 2012 sampailah 2014, markah penilaian aku setiap tahun semua 90 keatas. Tiba - tiba je tahun 2015, tahun aku memohon tu markah aku jadi 77. Aku pun tak tahu nak komen apa. Dalam hati berserah ajelah pada Tuhan dan berdoa agar urusan ni dipermudahkan. Dan aku kena berterima kasih satu semesta kepada Juniza yang banyak sangat bantu aku untuk urusan permohonan baru. Proses permohonan sangat smooth dan tak menyusahkan mana - mana pihak. Juniza cekap buat kerja dan selalu update dengan aku setiap proses dan prosedur yang terlibat dari A sampailah ke Z. Dari start memohon, kumpul evidens, sampailah ke tarikh dia isi permohonan aku secara online. Semua dia keep me updated. Aku betul - betul terharu dengan pertolongan dan jasa baik dia. Dan selebihnya, aku redha. Pasrah. Dan tawakaltu Alallah. Kalau Tuhan kata ini rezeki aku, maka inilah rezeki aku.
Dan akhirnya, 11 Januari 2017 hari tu aku try lah check. Saja - saja. Cuba - cuba. Sebab Juniza dah bagitahu awal-awal dah yang dia sendiri tak tahu bila keputusan permohonan ni akan diumumkan. Dia sendiri tak ada pengalaman berdepan dengan situasi macam ni. Selama dia bekerja tak pernah pulak ada kes Ketua Jabatan / Pengetua tak perakukan permohonan Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan macam ni. Dan keputusannya --
ALHAMDULILLAH!
Untuk 5 saat yang pertama aku teramatlah terkesima dan berasa sungguh sayu, sebak, tak percaya semua ada. Aku rasa macam diawang - awangan. Rasa berbaloi sangat penat lelah yang aku usahakan selama setahun ni. Nak raih kepercayaan pentadbir - pentadbir dekat sekolah baru, nak didik anak - anak murid yang totally different sangat dengan anak - anak murid dekat sekolah lama. Tambahan pulak dengan keadaan diri yang pregnant, dugaan morning sickness tu semua, aku rasa macam.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, besarnya kasih sayang Kau pada aku yang hina ini Ya Allah. Dan yang lagi manis, tarikh kenaikan pangkat aku back-dated. Meaning yang dia takkan kacau langsung senioriti aku untuk nak mohon DG 48 nanti. Amin amin ya rabb! Syukur!
Aku dengan takde segan silu terus mesej pentadbir - pentadbir aku. Ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Atas kepercayaan diorang pada aku. Walaupun macam - macam yang diorang dengar kisah -kisah aku sebelum ni, diorang tetap percayakan aku. Sanggup nak berikan aku ruang dan peluang untuk membuktikan yang aku ni seorang cikgu yang bagus. Bukan tahap cikai - cikai punya. Di saat semua orang mempertikai kelebihan aku, diorang yang bagi aku kepercayaan. Bagi aku peluang untuk berbakti. Sebaknya aku rasa!
Tuan Pengetua.
GPK 1
GPK HEM
Juniza yang disayangi.
Aku janji akan berikan yang terbaik untuk SMK Yong Peng. Satu - satunya sekolah yang mengalu - alukan aku. Sekolah yang membuka peluang untuk aku tanpa sikitpun mengambil kira masa lalu aku. Biarpun cikgu - cikgu nya tak segah sekolah lama aku, low profile dan tak sehappening sekolah lama, tapi dekat sinilah aku belajar banyak benda. Dekat sini aku mula segala - galanya dari bawah.
Terima kasih, Boss!
Aku share berita ni dengan manusia - manusia yang aku sayang. Dengan Ayam dan Joe of course, dengan suami dan keluarga, dengan Kak Zana dan dengan sekalian manusia yang selama ni sentiasa berikan aku semangat dan tak putus-putus doakan ketabahan aku dan kejayaan aku selama ni. Sebelum ni aku rasa dugaan yang Tuhan beri ni sangatlah besar. Rasa malu difitnah dengan macam-macam perkara, hilang kawan, hilang keselesaan bekerja, dinafikan sumbangan disekolah lama selama ni, semua buat aku rasa macam sangat sangat tak berguna. Tapi benarlah, Tuhan tak akan menguji manusia diluar batas kemampuan mereka. Hari ini, saat ini, bila aku kenangkan kembali semua yang aku dah lalui, aku rasa sangat bersyukur dengan setiap ujian yang Tuhan berikan. Buat aku lebih kuat, buat aku lebih berani, buat aku lebih menghargai kawan - kawan yang ada biarpun sedikit, dan mencorakkan aku menjadi guru yang lebih baik. Dan yang paling penting, ujian inilah yang semakin mendekatkan aku dengan Yang Maha Esa. Alhamdulillah.
Aku taknak toleh belakang lagi. Aku dah maafkan semua yang menjahati aku. Aku takkan lupakan semua ni, tapi aku memilih untuk teruskan melangkah dan menjadi manusia yang lebih hebat lagi. Aku yakin, satu masa nanti akan ada percaturan yang Tuhan sudah rencanakan untuk manusia - manusia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kisah aku ini. Kecik atau besar, cepat atau lambat, akan ada bahagian masing - masing. Aku yakin. Sangat sangat yakin.
Korang tunggu ajelah.
Permulaan yang baik untuk 2017! 😎
Dah babai!