Assalamualaikum. Minta maaf kalau tajuk entry mengundang rasa muntah. Tak boleh nak menahan diri. Few attempts jugak cuba ubah tajuk entry kepada macam 'Mari Memasak' atau 'Teacher Yatt Memasak'or something like that , tapi the urge tu lebih kepada nak bubuh 'Perempuan Cantik Memasak'. Itu bukan kemahuan aku. Sesungguhnya it's the natural force of nature.Kakaka. Janganlah ada sesiapa percaya. Okay. Aku tak reti masak. Straight to the point betul. Lebih rela panjat pokok , cat rumah , terjun tingkap ataupun potong kayu balak berbanding memasak. Tapi bulan puasa ni keinginan untuk memasak tu macam membabi - buta sikit. Nak kejar pahala katakan , memasak untuk suami. Eceh. Jadi cuba menjinak - jinakkan diri (Amboih macamlah selama ni buas sangat nak dijinak - jinakkan) untuk memasak something yang simple - simple tapi sedap. Haa nak yang sedap aje. --"
Disebabkan muka aku ala ala chinese look macam tu , ehem. So hari tu terpandangkan resepi Wantan Udang dalam buku resepi dekat Popular. Aku tak beli pun buku tu , aku ambik gambar mana - mana resepi yang senang dan sedap aje. Teruknya aku --" Cheapskate. Ehem. Okay, back to the wantan. Haa Wantan Udang ni aku tengok tak adalah susah mana pun nak buat dia , cuma kena buangkan rasa malas ajelah pun yang mencabarnya. Bahan - bahan pun senang nak dapat. Bukan kena panjat gunung ke , bertapa dalam gua ke apa. Benda yang kau boleh jumpa dalam kedai Mak Mertua aku. Haa. Wantan ni makanan yang glamour dalam masyarakat Cina. Ada mee wantan , wantan udang , wantan ayam , daging. Macam - macam. Memandangkan udang tu sejak azalinya dah menjadi makanan yang aku suka makan, so udang merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan inti wantan.
So bahan - bahan dia :Udang (Banyak mana tu terpulang. Kalau suka rasa udang yang mewah , kau bubuh banyak - banyak)Putih telur sebijiBawang putih 3 - 4 ulas (Ditumbuk)Sos tiram (Satu sudu teh)Minyak bijan (Setengah sudu teh)Daun bawang (Potong kecik - kecik)Serbuk lada putihWantan wrapper (Kalau takde, guna popiah wrapper pun boleh)Untuk isi wantan :Chicken LoafSliced cheese
Kemudian, semua bahan - bahan ni kita blendkan. Tapi jangan halus sangat. Bagi nampak isi udang tu sikit. Haa. Bila dah blendkan semua bahan ni, kita gaulkan pulak dengan daun bawang yang dah dipotong kecik - kecik tadi tu. Lahai, senang aje. Sambil main Candy Crush pun boleh buat ni.
Ini , isi wantan yang dah siap digaul dengan daun bawang.
Lepas itu chicken loaf dengan cheese tu kita potong kecik - kecik macam ni. Senang nanti nak susun dalam wantan wrapper tu tadi.
Lepas itu, kita pun susun chicken loaf dengan cheese tu tadi dalam wantan wrapper. Atas dia tu, barulah kita isikan dengan isi udang yang kita dah blend dengan bahan - bahan yang lain tadi tu okay . kalau korang nak buat wantan tu gemuk - gemuk, isi banyak sikit.
Lepas itu engkau orang gorenglah dia dalam kuali yang minyak dia betul - betul panas. Api jangan besar sangat , karang rentung pulak wantan korang tak pasal - pasal. Bila dia daah start kekuningan, engkau orang boleh angkat , toskan minyak dan nikmati sebagai hidangan berbuka puasa.
Pehh ! Sedap baq hang !
Bila tengok suami dengan Adam makan banyak - banyak , terasa nak terbang pun ada. Emak pun makan penuh berselera so aku yakin bahawasanya wantan udang yang aku buat ni rasa dia sangat lejen dan mengujakan. Haha. Suami siap request untuk buat lagi wantan udang ni esoknya , untuk buka puasa. Bangga woh bangga. Sudahlah jarang - jarang masak, bila turun dapur mencemar duli untuk memasak lepas itu suami puji sedap , dia punya perasaan, indescribable ! Haha !
Gigih cari resepi sedap - sedap .
Resepi ni mudah , murah dan sedap. Aku rasa semua orang pun boleh cuba tanpa mengalami sebarang kegagalan atau mengakibatkan kecelakaan di dapur rumah masing - masing. Cubalah, ya ! ^^,
Ah. Tak sabar pula nak raya ! Bahaha !
Dah. Babai !