Quantcast
Channel: geek in the pink !™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 182

Raya Like A Boss (Eid Mubarak 1434H)

$
0
0
Assalamualaikum. Selamat hari raya yang ke enam ya'll ! Saya berada disini adalah untuk menyatakan bahawasanya saya masih hidup dan masih berupaya menggunakan dua tangan untuk mengupdate blog. Cuma sebagai manusia yang tahun ini puasanya cukup sebulan, aku terasa nak all out sikit raya kali ni dan tak mengambil keputusan mengabaikan blog selama beberapa ketika sehinggalah aku mendapat hidayah untuk membuat entry raya yang tiada unsur poyo . Raya baru 6 hari tapi badan aku macam nak patah dua dah dengan pinggang yang meragam sejak malam raya lagi. Kasihannya kasihan. Lepas itu raya ke dua hari tu mabuk pulak tak boleh nak bau makanan laut. Kepada yang mungkin membuat spekulasi nak kata aku pregnant ke apa , hentikan segera. Nampak udang , ikan, sotong, terasa nak menyembur segala isi perut. Ah kasihannya saya. T_T

Gelanggang #rayasampaipengsan dibuka dengan mengunjungi pusara orang - orang yang aku sayang, yang dah tak lagi ada dengan aku dekat dunia ni. Abah jadi ketua tahlil. Kami ramai - ramai aminkan doa. Siram air mawar , tabur bunga - bunga. Dekat sini hati tak berapa kuat. Airmata dah dekat tepi - tepi mata. Tengok kiri kanan mata masing - masing dah merah. Insaf. Tempat ini, satu hari nanti, soheh confirm jadi tempat tinggal aku yang abadi.


Lepas balik ziarah kubur , masing - masing terus tukar baju tercantik yang kami ada dalam almari masing - masing. Maklong tema ungu, Makngah hijau, family aku yang comel abadi pilih tema dusty pink, Abah Emak dengan Embun pulak emerald green. Nak rare saja. Lepas dah pakai baju cantik - cantik , terus duduk dekat ruang tamu, beratur untuk acara meminta maaf sambil menghulur duit raya. Acara hulur duit raya ni budak - budak gembira lah, untuk tukang hulur macam aku ni, hati kena kuat, ikhlas kena jitu. Embun untung. Duit raya berkepuk. Habis sesi ni saja duit raya dia dah macam gaji aku separuh bulan. Peh.

Maklong serious habis.
Alohloh. Solehahnya anak Abah yang ini.
Yang paling mencabar sebenarnya nak kumpulkan ahli keluarga ambil gambar family sama - sama. Peh. Dengan yang bergolek - golek, yang nangis hentak - hentak kaki, yang meraung panas, yang moody sebab baju raya tak cukup patch lace, fuhfuh mencabar. Abah lagi best , tiba - tiba dah berlenggeng makan ketupat dekat dapur.Wuwuwuwuw. T_T

Untuk family aku, gambar bersama dah jadi macam misi ketenteraan. Mana nak pujuk suami yang tak sabar - sabar nak tanggalkan baju Melayu, kena cakap elok - elok. Macam cakap dengan budak umur 5 tahun. Urut dada minta sabar banyak - banyak. Herghh geramnya ! Mana lagi nak layan Adam yang kerjanya 24jam berlari saja. Kena tangkap dia, pegang kuat - kuat. Gambar raya aku memang macam haram T_T

Ini paling senonoh ni. Paling senonoh.
Budak itu kerja sepanjang masa nak sprinting !
Okay. Ini antara yang senonoh. Yang lain memang macam asdfghjkl!
Lepas makan ketupat , kuah kacang, rendang daging Emak yang lejen, ayam goreng dengan kuah lodeh yang peh memang boleh buat engkau menangis kegembiraan , kami adik beradik dengan Emak Abah gerak ke rumah pakcik makcik. Tahun ini semua beraya dekat kampung, jadi konvoi ke rumah sedara mara. Baru meriah gerak ramai - ramai macam ini. Aku ni bukan senonoh sangat nak beraya sorang - sorang. Sudahlah kerja asyik nak mengokak kuih raya. Saya perlukan pemantauan !

 Una, Mokde tahu engkau berpuasa cukup sebulan. Makan kuih tak payah nak lahap sangat.
 Budak ini baru - baru sampai memang behave. Bila dah lebih 15 minit, dah macam ulat nangka.
 Nak kuih raya.
Aku seperti biasa, bila kata dah beraya, memang pesen manusia yang makan kuih muih kasi kenyang perut. Walaupun setakat kuih Almond London. Aku makan sampai kenyang haa. Kira kata fokus bila makan tu memang terbaiklah. Emak dengan Abah biarlah diorang gossip - gossip orang tua dengan pakcik makcik aku. Generasi muda macam aku duduk diam - diam sambil hadam makanan.

Suami memang tabah orangnya. Tabah.
 Rumah Wak Li.
Makan makan minum minum sampai aku rasa perut aku dah banyak bahan yang bercampur - baur. Sungguh ketat kain dekat bahagian pinggang rasanya. Tapi masih tak mahu mengaku yang diri sendiri sudah kenyang. Dan dekat rumah Wak Li, aku balun lagi kuih raya dia sampai kontang. Nauzubillah.

Alhamdulillah, selesai raya pertama, kami sekeluarga dah setel menziarah pakcik makcik terdekat dan terapat dengan kami. Dah lega dan boleh meneruskan edisi #rayasampaipengsan dengan agenda-agenda yang lain. Bila yang wajib dilawati dah selesai dilawati, barulah senang hati nak melagha dengan benda - benda lain ye dak !




Seronok sebenarnya bila masih tinggal dengan Emak Abah. Bila ada sedara mara yang datang melawat, secara tak langsung, aku jadi kenal dia orang juga. Bila orang tanya aku tinggal dengan Emak Abah sampai bila , aku selamba jawab dengan muka comel "Nak tinggal sampai bila bila bila bila !"Kahkah. Annoying betul muka aku . Gasaklah orang nak menganjing aku masih duduk dengan Emak Abah ke apa kan, yang penting aku bahagia jiwa raga . Nanti - nanti kalau Emak halau, baru cari rumah nak duduk dekat mana. Tapi Emak kan sayang aku sepenuh jiwa raga, takkan Emak nak halau T_T Tinggal bawah jembatan aku kang jadinya.

Habis kisah 1 hari raya. Selamat hari raya semua ! Jemput datang rumah , dan duit raya hanya diberi kepada yang berusia 6 bulan ke bawah  ! Ekeke !

Dah. Babai !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 182