Assalamualaikum . Masa calling untuk flight ke Langkawi International Airport , aku dah rasa semacam . Eh bukan setakat semacam , tapi dua tiga macam . Rasa nak muntah , nak buang air , nak marah , nak menyumpah , rasa nak mati . Ah semua bercampur baur . Tangan , dahi , badan dah berpeluh - peluh . Seram sejuk .Rasa menyesal tak tulis wasiat . Dengan ini , saya menyerahkan tenggiling belaan saya kepada penama pertama blablablabla . Ah merepek pulak ! Aku tengok orang lain selamba . Emak selamba . Maklong selamba . Makngah selamba . Suami selamba . Adam . Ah Adam tak tau apa - apa ! Fuh . Aku cuba bertenang . Tapi bertahan selama 0.05 nano saat sahaja . Yang selebihnya , menggelupur kegelabahan .
Aku acrophobia yang sejati .
Extreme fear of heights . Jangan macam macam dengan akulah bab - bab ketinggian ni . Jadi bila Maklong kata cuti ke Langkawi naik flight , aku dah macam .. gulp ! Phew ! Maklong kata kalau taknak melalui udara , melalui airlah . Ferghh . Lagi satu . Aku ni dahlah takut laut . Bukan mabuk laut ye tapi takut laut . Aquaphobia . Tapi tak extreme sangat . Ataupun Thallassophobia . Gitulah . Aku rasa dalam laut tempat raksaksa duduk . Nanti dia muncul dari dalam laut dan makan kami hidup hidup . *^%WHfcthr3ygbsl ! --" Ye . Aku tau . Sangat whatever !
Excited gila aku masa ni . Tanpa mengetahui yang menggelabah boleh membawa parah .
Memikirkan option yang last adalah risiko ditinggalkan oleh keluarga dirumah sedangkan yang lain bergembira di Langkawi , membuatkan aku nekad untuk terbang diudara . Mati terhempas adalah salah satu imaginasi yang aku gagal buang dari kepala hotak aku yang sangat longkang yang suka fikir bukan - bukan . Ah ! Tapi tak apalah . Ajal dan maut ditangan Tuhan . Dan seakan akan mendengar doa para hambaNya , Allah menjawab doa ketakutan aku dengan mengurniakan Flight Attendant yang kacaknya subhanallah . Jadinya separuh perasaan takut hilang bersama imaginasi manis . Kebetulan suami duduk dekat seat depan , jadi salah satu sumber kekuatan pada ketika itu adalah FA yang kacak sedang berdemo di hadapan . Bahaha !
Allah saja yang tahu betapa cuaknya aku masa Kapten kapal ready nak take-off . Ah nak berpatah balik pun dah tak sempat lagi dah . Lupakan ajelah hasrat nak berpuisi dekat atas gununglah , apalah . Lupakan ! Lupakan ! Aku kakukan badan . Mata ni pulak degil bukan main . Asyik nak pandang luar . Dahlah hujan . Dan dah memang jodoh kuat , seat aku betul - betul tepi tingkap . Awesome ! Dalam hati aku dah merangka - rangka tajuk headline surat khabar esok kot kot ada kapal terbang terhempas blablabla . Ah otak syaitan tak boleh stop fikir negatif !
Masa dah full throttle tu aku mula baca surah surah lazim sambil sikit sikit imaginasi melayang terbayangkan Harry Potter . Mungkin kaitan antara penyapu terbang dengan situasi aku sekarang berjodohan .Eh . Dan tiba - tiba whooosshhhh ! kapal terbang dah tak jejak landasan . Aku , secara officialnya , sudah terbang ! Perasaan masa tu sebak pun ada , bangga pun ada , kembang kempis lubang hidung tahan perasaan bangga . Dan akhirnya pada paras ketinggian 27,000 kaki dari aras laut aku tersenyum penuh kebanggaan . 18 November 2012 .Aku dah buktikan pada diri sendiri , ketakutan sebenarnya boleh diatasi . Jyeahhhh !
Err . Okay . Tak boleh blah !
Hujan .
Melintasi kepul kepul awan yang gebu putih dan comel , sambil otak terbayang Winnie The Pooh yang menari - nari bersama kawan - kawannya , tak habis habis hati memuji keagungan Illahi . Beri peluang dan izin untuk aku menikmati kekuasaan dan keindahan alam ciptaanNya dari udara . Langit yang luas tiada tongkat untuk menahannya , awan yang macam macam bentuk dia , bagaimana Allah meminjamkan seciput daripada pengetahuanNya kepada manusia untuk mencipta airbus yang membawa kami semua . Subhanallah . Macam itu pun dengan Allah nak lupa , nak angkuh . Padahal kita ni manusia picisan saja nak dibandingkan dengan rahmat yang Allah beri pada kita . Terima kasih Ya Allah !
Sepanjang lebih kurang 45 minit menuju Langkawi , 30 minit aku spend untuk tidur . Terjaga pun sebab telinga rasa pekak dan kedap macam ada tenggiling sumbat . Sedar - sedar FA buat pengumuman siap sedia untuk mendarat . Rasa lega tak payah nak cakap macamana lah . Lega gila vavi . Segar bugar mata . Dada yang dari tadi berdegup macam baru lepas lumba lari dengan anjing , mula normal degup dia . Kembali kencang sikit pun bila FA kacak dan wangi melintas dekat sebelah . Ferghhh . Padanlah FA semua kena kacak kacak cantik cantik . Secara psikologinya , ia mampu menenangkan hati yang berdebar dan gundah gulana . Rasa rugi pulak tak suruh FA tu tadi duduk sebelah , buat tenang - tenangkan hati . Bahahaha ! Rasa nak tempeleng diri sendiri !
Moment masa landing adalah yang terpaling epik sekali . Rasa nak tepuk tangan kuat kuat sebab landing dia sangat smooth and awesome . Tahniah Kapten Harun . Memang macam landing atas whipped cream . Manis aje rasa dia . Boleh bayang ? Landing yang rasa manis ? Dan terima kasih juga kerana menjadikan pengalaman pertama aku naik kapal terbang sebagai pengalaman yang cukup cukup berharga . Bukan senang nak mentadbir emosi supaya kekal waras dan tak membuat huru hara diatas kapal . Dan bukan senang aku nak pujuk hati supaya berhenti buat dialog kapal terbang terhempas dalam hati . Ah , syaiton kan syaiton !
Turun daripada kapal terbang , satu emosi yang susah aku nak explain menerpa secara tiba tiba dan membabi buta . Emosi yang majoritinya bermain dengan rasa macam ah dekat sinilah perempuan cantik lagi suci , terkorban kerana fitnah dilahirkan . Ah aku faham perasaan dia . Sama sama pernah merasa menjadi mangsa fitnah . Bezanya , dia lagi tragis jalan hidup dia . Alhamdulillah . Jejak jugak aku ke Bumi Mahsuri yang penuh dengan lagenda dan sejarah .Rasa macam nak lompat bintang !
Boleh tak nak mengaku - ngaku kena jetlag ? Boleh suami buat muka Mak Jemah bila aku kata aku jetlag . Betul apa !
Fuh . Tak sabar nak teroka Langkawi !
Acrophobia masih lagi , tapi dah kurang sikit ! Weeehooooo !
Dah . Babai !