Assalamualaikum.
Allah , lama pulak tak berupdate blog. Sejak kesihatan tak menentu, ditambah pula dengan pakej demam+batuk+selesema, sekali bonus dengan migraine tahap hantuk kepala di jalan raya, rasa terabai pulak blog ni. Kalau diibaratkan blog ni adalah seorang manusia, memang dah masuk kategori manusia yang kurang dengan kasih sayang. Kesian.
Dalam pada tak sihatnya tu, kaki ni berjalan jugak dekat bandar Batu pahat. Pusing - pusing konon-konon nak melawat kawasan dan menghargai keindahan bandar Batu Pahat. Politik je semua tu. Sebenarnya dah bosan duduk terperap dekat rumah, bila Emak ajak temankan dia beli jubah, laju pulak aku angguk - angguk. Emak semenjak dua menjak ni macam obsess dengan jubah pulak. Kejap - kejap ajak beli jubah, kejap - kejap ajak beli jubah. Hari tu dia hantar tailor jahitkan jubah dua pasang. Jealous berbakul-bakul aku jadinya. Kamon lahh, Emak aku bukan sosialista nak kemana - mana kena melaram. Jadi aku syak, dia ada agenda tersendiri yang dia nak buat dengan jubah - jubah dia yang banyak tu. Aku suspek, dia nak join group nasyid kampung aku lah.
Berbalik kepada jubah tadi. Emak aku kalau shopping jubah, tak lain tak bukan mesti dia cari Butik First Lady punya. Emak aku memang suka First Lady sejak butik tu buka dekat Batu Pahat. Ada dua butik. Satu dekat Batu Pahat Mall, satu lagi dekat Square One. Kalau masuk butik tu, sempat jugaklah aku tertidur - tidur tunggu Emak pilih baju. Emak aku punya cerewet bukan main-main. Nampak aje macam chill cool kentang tu, lakonan je semua tu. Dia punya tahap cerewet kalau compared dengan aku, aku ni tahap prebet aje. Hari ini, misi Emak, nak cari jubah putih.
Banyak pilihan dekat butik First Lady ni, harga dia pulak memang boleh buat kaum suami senyum manjang kalau mana yang dapat stok-stok isteri yang kerja nak bershopping tak kira masa. Harga sedap, kualiti pun bukan calang-calang. Aku memang suggest dekat engkau orang yang nak cari baju-baju cantik tapi harga dia mampu milik. Belek punya belek, Emak dah berkenan dengan satu jubah putih simple ni. Cantik. Sulam dekat bahagian tangan dengan bahagian tengah jubah dia. Sekali tengok harga, aikk RM45 je? Senyum sampai ke telinga jiran Emak aku jadinya.
Nasib baik Emak ni bukan jenis kaki shopping online macam aku. Kalau tak, Emak tak payah nak susah - susah beli jubah dekat butik First Lady ni sebab sejak baju-baju label First Lady ni masuk dalam web Online Shopping Zalora, memang mudah nak browse through koleksi-koleksi First Lady yang ada. Harga sama macam dekat Butik, penghantaran percuma, tinggal goyang kaki aje.
Banyak jubah - jubah cantik dengan harga yang murah ada dekat Butik First Lady (Zalora) ni, memang convenient untuk yang malas nak window shopping dekat mall. Online saja.
Ini jubah yang Emak beli tadi. Simple tapi cantik. Tambah beads sikit, boleh buat nikah.
Kalau nak diikutkan hati, banyak aje jubah-jubah cantik menawan ada dekat Online Shopping Zalora. Bukan takat jubah, dress, long maxi, macam - macam ada. Tahan air liur ajelah nak membeli. Semua pun cantik - cantik.
Time - time hujan macam ni, malas nak keluar. So cuci mata macam ni pun dia punya seronok lain macam juga. Siapa kata duduk rumah boleh jimat duit? Tahayul semua tuuuu!Aku berkenan betul yang pattern macam ni haa.
Hewhew.
Dah. Babai!