Quantcast
Channel: geek in the pink !™
Viewing all 182 articles
Browse latest View live

Setelah 6 Bulan Menyepi. Terimalah Entry Pengubat Rindu Ini.

$
0
0
Assalamualaikum. Fuh. Lamanya aku tak update blog.6 bulan! Aku harap dalam masa aku hilang selama 6 bulan ni adalah manusia yang merindukan aku dan tulisan aku. Bukan aku taknak update, kadang-kadang aku dah bersemangat duduk depan laptop ready nak type entry, eh tapi ended up tertidur sambil dalam mulut penuh keropok ikan. Akhir - akhir ni kalau ada masa terluang je memang aku habiskan masa dengan tidur. Pada aku aktiviti tidur itu sungguh syurga dan mendamaikan. Kadang - kadang terlajak tidur sampai petang siap termimpi- mimpi bawak jet pejuang pergi beli cendol. Saitan betul mimpi macam tu. Nak update blog time weekend pun tak sempat. Entah eh. Sejak pindah sekolah ni aku rasa terhad sangat masa nak bersosial dan bersenggama dengan keseronokan dunia macam dulu - dulu. Ewah. Sentiasa ada benda yang buat aku rasa sibuk. Alah kadang - kadang tu buat - buat sibuk je pun.

Tapi sebenarnya salah satu sebab aku tak dapat nak update blog sebab aku alahan teruk untuk second pregnancy ni.Hewhew. Untuk yang tak tahu ataupun belum tahu, saat aku menaip entry ni sebenarnya aku tengah mengandung 32 minggu.Hikhik! (Gelak tutup mulut) Masa tahu mengandung 3 minggu masa awal bulan 4 dulu, memang aku terus kena alahan teruk tahap MC 3 hari berselang minggu. Setiap minggu mesti aku ambil MC straight 3 hari. Demam. Muntah terbelahak keluar anak tekak. Melepek lembik terbaring aje dekat tilam. Mandi pun sehari sekali. Gosok gigi 3 hari sekali. Tak boleh bau pudina dalam ubat gigi tu. Tak boleh jejak bilik air. Tak boleh nampak lubang jamban. Kalau aku nampak mesti automatik isi perut aku keluar. Tak selera makan. Mampu isi perut dengan air soya aje. Helemek, time tu memang berat badan dropped 7 kilo. Ramping pinggang. Tercapai hasrat nak kurus tanpa exercise melampau. 4 bulan terlantar macam tu, sampailah kandungan dah mencecah umur 6 bulan. Then barulah ada semangat balik nak bersosial di alam maya dan bersosial di langit biru. Jadi, sebab itulah blog terbengkalai hampir 6 bulan. Rindu tak rindu tak?

Dah masuk bulan Oktober dah. Kalau dulu dekat sekolah lama, bulan Oktober memang bulan yang dinanti - nanti sebab sepanjang Oktober tu memang bulan yang dikhaskan untuk anak - anak murid sambut birthday aku dengan sungguh gilang gemilang. Setiap hari tu ada je event - event budak - budak ni buat untuk sambut birthday cikgu kesayangan ramai ni (Past tense. Was. No more. Sob sob) Kalau weekend pulak, memenuhi undangan anak- anak murid lagi jugak untuk makan - makan and sambut birthday bersama- sama. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan di angin lalu. (Kesat airmata pakai hujung kain dalam) Bila dah pindah sekolah baru ni tabah ajelah kalau takde siapa pun yang ingat birthday aku. Tabahlah Yatt! (Tepuk bahu sendiri)

Lagi 3 hari menjelang birthday, Allah bagi hadiah pulak. Demam berserta cirit-birit dan muntah - muntah. Kena start dari hari Khamis petang straight sampai Isnin pagi. Birthday aku pulak 8hb Oktober tu jatuh hari Sabtu. Jadi aku memang pasrah sepasrah pasrahnya kalau kata takde sebarang sambutan yang siapa-siapa nak surprisekan aku nanti. Maka terbaringlah aku melepek umpama tiada lagi hari esok. Nak makan tak selera nak minum tak lalu, nak baring pun susah sebab pinggang ni tiba-tiba sakit gila macam nak terpatah dua. Malam tak boleh tidur. Terpusing - pusing macam tenggiling dekat tempat tidur. Selang 30 minit sekali mesti terbangun. Pergi berak. Pedih bontot tau. Sila kesian.

Sampaikan malam birthday tu tak larat nak baca notification yang masuk dalam phone through FB, Twitter ke wechat ke apa ke semua tak mampu nak balas. Whatsapp pun tak larat nak baca. Nampak tak betapa nazaknya aku sakit pada ketika itu. Mentang-mentang nak bertambah umur, Tuhan bagi ujian kaw kaw kentang punya. Pagi sabtu tu Oat whatsapp tanya aku larat ke tidak nak bangun. Aku cuma cakap aku larat lah jugak sikit - sikit tapi sebenarnya aku lapar. Bayangkanlah dua hari tak makan tak minum. Sedih kan? Then Oat kata lepas Zuhur kalau larat silalah bersiap-siap sebab dia nak bawak aku jalan-jalan. Masa tu dah terbayang - bayang dah dekat otak ni mesti Oat nak celebrate birthday aku ni. Muehehehe. So mengerah segala kudrat yang ada, aku pun bersiap secomel yang mungkin. Kepala masih pening - pening lagi ni tapi excited punya pasal, tolak tepi segala  rasa sakit tu semua. Tak lama lepas tu Oat sampai and bawak aku ke rumah Tiqah. Dekat sana diorang sambut birthday aku. Ada kek, ada belon semua. Awww terharu tau kakak! Nampak kek je aku dah rasa teruja dah. Celebration sempoi je tapi sangat - sangat bermakna. Susah payah Oat tiup belon semua tau. Aku tau dia bukan pandai tiup belon pun. Tu mesti hazab separuh nak mati tiup belon tu. Dahlah cuma 4 bijik aje. Lagi satu meletup di pertengahan jalan. Benci betul. Nasib baiklah aku ni manusia yang mudah terhibur sangat - sangat. Belon 4 biji pun dah happy serupa hape. Thank you Oat!

Mistiknya pic ini. Macam ada jembalang tanah tengah keluar dari lubang hidung aku.
Muah siket!

 Pintar tak aku menyembunyikan perut di sebalik belon - belon itu. Kehkeh.
 Thank you Tiqah masakkan sandwhich dengan penuh kasih sayang!
Double terharu bila Oat hadiahkan something yang memang aku nak sangat bertahun - tahun lamanya. Kalau nak diikutkan memanglah aku boleh beli sendiri benda tu, tapi aku teringin sangat - sangat yang benda tu nanti dihadiahkan oleh someone special dalam hidup aku. Eceh ayat drama. Tak sangka rupanya setelah 4 tahun mengidam, Oat lah manusia yang menghadiahkan benda tersebut pada aku. Terima kasih Oat! Sayang kau sampai minggu depan! Oat kata susah betul nak cari hadiah untuk aku. Nasib baiklah satu benda ni aku belum ada lagi dalam hidup. Senang kerja dia.

Esoknya dekat sekolah, buat macam biasa ajelah. Sebab tak expect pun siapa - siapa akan ingat birthday aku. Maklumlah, cikgu baru dekat sekolah baru. Dahlah tak glamer. Gemuk pulak tu. Redha jelah mengenangkan yang bakal melalui bulan Oktober dengan penuh kesunyian dan kesenduan. Tak sangka pulak bila kaki melangkah masuk je dekat kelas 4 Rafflesia, aku dengar entah siapa nyanyi lagu birthday. Lepas tu nampak Syida datang bawa kek brownies cokelat siap ada percikan bunga - bunga api. Omaigod! Rasa nak nangis tadah pakai baldi. Terharu sangat - sangat! Dahlah selalu merah- marah dan membebel dekat kelas 4 Rafflesia ni. Sudi jugak diorang nak sambut birthday cikgu dia yang entah hape hape ni. Nak nangis! Eh tapi sebab aku kan berjiwa kental lagi gangstar kampung pisang, takkan nak nangis depan anak murid kan. Relaks. Buat muka samseng macam biasa. Cuma kali ini samseng cair sikitlah sebab terharu dapat kek birthday. Kehkeh!

 Perangai semua macam taik, tapi aku sayang sangat - sangat sampai ke alam barzakh!
 Jahatnya. Berani diorang pakaikan topi spongebob dekat cikgu gangstar macam aku.
Balik sekolah sambung celebration dekat KFC. Thank you Ikhmal! Thank you semua! Teacher sayang korang!

Balik rumah hari tu, rasa sangat - sangat tak sabar pulak dengan celebration daripada suami. Celebration tertunda. Yelah hari tu kan muntah - muntah terbelahak pakej dengan cirit-birit pesemua. So suami tunda celebration tu ke hari yang aku betul - betul dah sihat dan boleh makan dengan berselera. Suami dah janji nak masakkan hari tu. Memang kalau tahun - tahun sebelum ni, bila tiba birthday aku je suami akan masak sendiri dengan penuh kasih sayang. So lepas maghrib tu, panggil pakcik makcik yang berdekatan, join sama - sama tahlil ringkas sempena hari lahir aku. Suami masakkan nasi ayam penyet. Sedap gila. Pada aku lah. Bertuahnya dapat suami yang pandai masak lagi kacak bergaya ni. Dahlah tahun ni dia post wish sweet sweet dekat FB alaa malulah titewww! Adam pulak manusia yang terpaling excited bila part nak potong kek. Menyampah tau. Birthday semua orang dia kata birthday dia. Asal part potong kek je mesti dia yang interframe lebih.

 Sambal dia tu yang terpaling... perghhhhh! Gitu.
 Thank you, suami!
Alhamdulillah. Dah 33 tahun bernafas di  bumi Tuhan, Allah beri peluang dan kesempatan untuk merasa bahagia dan mengecap segala nikmat kurnianya. Hidup yang semakin baik di sekolah baru, keluarga yang bahagia, suami yang penyayang dan bertanggungjawab, anak yang sihat dan pintar, jugak dengan bakal kehadiran baby baru dalam keluarga, kesihatan yang baik, hidup yang tak merempat, tidur malam berbumbung, makan belum kebulur, alhamdulillah, aku bersyukur sangat - sangat. Tak semewah orang lain. Masih hidup menumpang rumah mak abah, masih pandu kereta buruk hitam sport rim pink tu, tapi dengan setiap hela nafas yang Tuhan kurniakan untuk aku setiap hari, kufur nikmat rasanya andai aku tak mengucapkan syukur tak terhingga pada Yang Maha Esa. Kehadiran kawan - kawan yang jumlahnya hanya sebelah tangan tapi cukup bermakna dalam hidup ini. Anak - anak murid di sekolah lama dan sekolah baru, mana - mana yang mengucapkan selamat untuk aku melalui pelbagai medium media sosial, terima kasih aku ucapkan untuk korang semua. Doakan aku sihat sejahtera dan selamat melahirkan baby dengan sempurna.

33 tahun.

Dan aku masih dalam proses menjadi muslimah yang sempurna.

Terima kasih Tuhan, untuk segala karunia dan bahagia.

Aku sayang korang semua!

Dah. Babai.

Mengandung Anak Kedua.

$
0
0


Assalamualaikum.

Disaat entry blog ini ditulis, aku baru je setel key in markah PT3 Bahasa Inggeris online. Cemerlang betul perasaan pada ketika ini. Rancangan Pengajaran Harian pun dah siap sampai minggu depan hari last sekolah punya. Meja pun dah siap kemas. Analisis item untuk Peperiksaan Akhir Tahun pun dah siap. Tinggal nak setelkan sijil kerja kursus untuk budak – budak SPM. Tapi sempatlah main game Book Worm dua tiga round. Baru je cecah level Grand Archivist, pastu aku kalah. Cilakak betul. Malas betul nak ulang main lagi sekali. Hari ni aku lupa bawak biskut. Jadi sekarang ni aku tengah lapar. Walaupun 15 minit yang lepas aku baru je selesai mencekik Nasi Lemak Kak Yam belanja. Berat badan sekarang dah cecah 76kg. Berat. Dengan perut yang terboyot-boyot. Tapi aku larat jalan lagi. Semalam baru je aku tawaf sekeliling BP Mall. Cari cardigan baru. Sebab cardigan aku yang satu – satunya tu dah koyak – koyak. Sendu betul. Suami kata “Kesian bini abang baju koyak – koyak.” Mithalinya isteri beliau. Taknak susahkan suami. Pakai baju koyak pun tak apa. Cantik je pun sebab aku kan natural beauty. (Muntah lumut)

Preparation baby dah 98% siap. Lagi 2% tu adalah beberapa barang yang aku lupa nak beli. Insyaallah minggu ni jugak aku siapkan. Bila dah 37 weeks ni dah matang dah kandungan aku ni. So kiranya bila – bila masa je boleh dah ni aku beranak ni. Beg untuk ke hospital pun aku dah siapkan. Letak dekat tepi pintu rumah. Senang nak capai kalau – kalau dan ada tanda – tanda nak melahirkan nanti. Perasaan ketika ini adalah tersangat nervous dan gemuruh tidak tentu hala. Siapa tak nervous oi. Beranak tu bukan macam kau sakit perut nak pergi berak. Walaupun aku dah lupa sakitnya contraction tu macamana tapi aku tau sakitnya bukan main – main. Maklumlah dah 6 tahun dah sejak aku beranakkan Adam. Adam pun sekarang dah besar dah pandai kentut dekat muka aku, dah pandai nyanyi lagu Mat Salleh dah pandai shopping baju sendiri. Aku dah lupa dah sakitnya macamana. Tak kisahlah. Yang penting sewaktu nak beranak nanti aku nak lelaki yang bertanggungjawab buat aku mengandung nanti ada dekat sebelah aku. Ini semua awak punya pasal!

Second pregnancy ni agak mencabar jugak bagi aku. Kalau masa Adam dulu time mabuk – mabuk morning sickness tu tengah cuti sekolah akhir tahun, jadi takde masalahlah kalau aku nak tertonggeng terlepek baring sambil dihurung lalat sekalipun. Tapi yang kali ni time mabuk tu terkena time sekolah. Jadi.. berperang jugaklah dengan emosi dan perasaan dan fizikal yang melepek nazak tidak bermaya. Awal – awal tu kerap jugaklah aku MC. Dalam seminggu tu 3 hari aku tak sekolah. Tapi MC tu semua aku ambik dari Klinik Kerajaan lah. Bukan dari Klinik Swasta. Karang orang kata aku membongak pulak. Time tu dah tak fikir dah apa orang nak kata. Kita tak boleh nak harapkan orang faham keadaan kita. Mungkin orang kata aku lembiklah, terlalu ikutkan perasaan lah, taknak lawan perasaan lah apa lah. Ah gasak. Yang penting aku selesa, emosi aku baik-baik sahaja dan baby pun tenang-tenang je. Pentadbir of courselah bising sikitkan. Yelah kalau dah selalu MC. Aku faham jugak situasi pentadbir. So bila pengetua suruh dapatkan surat daripada doctor yang merawat kes aku, aku dapatkan jelah. Lampirkan ke pengetua berserta dengan rekod check-up yang ada dalam buku merah tu. Setel. Habis cerita. Pulaknya rezeki aku sepanjang mengandung anak kedua ni asyik demam memanjang. Selang dua minggu mesti demam. Muntah – muntah tak payah cakaplah. Cirit – birit lagi. Sampaikan kena masuk air sebab badan kering kontang. Asyik muntah berpanjangan. Emak – emak yang tak mabuk masa mengandung tu yang sihat walafiat tu aku harap janganlah asyik nak kecam emak – emak yang senasib dengan aku ni. Terluka dan terhiris perasaan kami. Bukan sengaja nak mengada-ngada. Baling pakai batu bata karang aa.

5 bulan pertama mengandung ni, berat badan dropped dari 69.7kg menjadi 61.5kg. Wuhhh feeling betul! Lengan kecik peha kecik, perut je tak flatlah sebab ada hidupan didalamnya. Yang lain – lain semua mengecil. Muka jadi kecik. Dagu jadi lebih runcing dan mempesonakan. Tercapai hasrat nak kurus walaupun cuma seketika. Sebab masuk je bulan ke enam mengandung, tu dia. Selera makan telah kembali lalu mengqada’ mana – mana sesi makan memakan yang ketinggalan sepanjang zaman mabuk – mabuk dulu. Kebetulan pulak time tu time raya. Eh memang sedaplah makan kuih muih dengan ketupat lagi. Mulut sepanjang masa asyik mengunyah sahaja tanpa perasaan bersalah. Maka hasilnya aku naik 4kg something. Kena marah dengan misi. Stress lah misi ni. Asyik nak marah aku je. Gemuk sikit je. Bukan banyak pun.

Berlalu sahaja zaman kegemilangan aku menjadi kurus sekejap itu tadi. Berganti dengan zaman makan tanpa henti. Time ni memang seronok sebab dah tak mabuk. Dah boleh makan dan minum apa yang aku suka. Dah boleh peluk suami, dah boleh dekat-dekat dengan dia. Kalau tak sebelum ni kalau suami melintas je terus terkeluar isi perut. Kesian suami. Hopefully dia tidak merasa dipinggirkan. Tapi bila dah cergas dan bertenaga ni aku jadi suka mengecat pulak. Mengecat bilik. Mengecat dapur. Satu dapur tu aku cat. Kau bayangkan. Dengan perut yang besar ni steady je aku mengecat macam tiada hari esok. Buruh Indon pun kalau nampak kegigihan aku mengecat siang malam sampai pukul 3 pagi tu pun boleh berhenti kerja agaknya. Terus packing barang balik Indon. Tak boleh nak cari makan. Segenap inci dapur aku cat. Tanpa mengenal erti penat lelah. Perangai suka mengemas tu memang tak boleh nak dinafikanlah. Jadi aktiviti aku sepanjang mengandung ni takdelah terbaring dekat katil semata – mata. Sejuk mata bila tengok dapur dah bercat. Bangga! (Tepuk perut sendiri)

Alhamdulillah sepanjang mengandung anak kedua ni tak banyak masalah yang aku hadapi. Aku pun tak marah – marah macam masa mengandungkan Adam dulu. Baby kedua ni nampaknya lebih bertenang dan chillax sahaja orangnya. Faktor umur agaknya. Yelah dulu masa pregnantkan Adam kemain muda remaja lagi. Sekarang ni dah tua dah. Tu yang tenang – tenang aman damai tu. Walaupun aku banyak kali demam, tapi lain – lain masalah tu tak ada. Masalah kegemukan ajelah yang paling ketara sampai aku kena minum air gula je 4 kali dah. Kembang kuncup tekak menahan rasa air gula yang…hm malaslah nak cakap. HB pun turun naik. Risau jugak. Risau dekat baby sebenarnya. Takut anything jadi dekat dia. Tapi aku doakan yang baik – baik untuk dia. Semoga lahir sihat dan sempurna comel serta menawan hati macam abang dia. Amin. Insyaallah. Doakan ye kawan – kawan.


 37 weeks 2 hari (Ketika entry ini dipublish)

Sekarang ni aku tengah nervous semacam dan tak ketahuan hala menanti tibanya saat aku melahirkan. Pengalaman masa melahirkan Adam dulu sungguh menduga kesabaran dan ketabahan. Adam dulu induced. Orang kata induce ni sakit dia memang azab sikit. Wallaualam. Kalau diizinkan Allah, aku nak melahirkan baby kedua ni dengan normal, penuh kedamaian dan dipermudahkan segala urusan. Insyaallah kalau Tuhan mengijinkan. Rezeki masing – masing. Nak pergi berjihad ni. Kalau dah rezeki aku tertulis macam apa yang Tuhan mahukan, maka berikanlah aku ketabahan dan kekuatan menghadapi segalanya Ya Tuhan. Setiap hari aku berdoa semoga dipermudahkan urusan. Amin. Insyaallah.


 Kalau awak dah ready nak jumpa Amma Appa, awak keluar ye adik baby!


Engkau orang doakan ye. Due date sebenar 3 December 2016 insyaallah.

Nervous oi!

Dah. Babai!

Yusuff Kahfi Xunnurain

$
0
0
Assalamualaikum. 

Entry ni panjang. Aku nasihatkan sebelum start baca baik pergi ambik keropok ikan dulu. Karang lapar.

Hari ni hari ke sebelas berpantang merangkap hari ke sebelas melahirkan anak kedua. Alhamdulillah badan dah rasa sihat. Kalau berjalan kesana sini pun dah gagah. Dah start buat kerja rumah yang ringan-ringan cap ayam macam menyapu and basuh pinggan sikit-sikit. Pun dah mula selesa bila nak bangun dari tempat tidur atau nak duduk bersimpuh sambil nursing adik baby and tengok TV. Alhamdulillah Tuhan beri kesembuhan yang agak speedy jugak dan alhamdulillah takde sebarang komplikasi selepas bersalin. Cuma sekarang ni tengah giat menyusukan adik baby sebab dia ada jaundice sikit. Tak apa. Berlapang dadalah. Ini namanya ujian Tuhan.

Baru berkesempatan nak share pengalaman bersalinkan adik baby. Sejak tahu yang diri sendiri mengandung anak kedua sampailah ke tarikh melahirkan adik baby, memang lain gila dari masa mengandungkan Adam dulu. Sebab tu orang kata mengandung ni lain - lain. Pengalaman pun tak sama. Kalau ada sepuluh juta perempuan yang mengandung dan melahirkan ni, maka akan ada sepuluh juta jugak kisah mengandung dan melahirkan yang berbeza.

Sepatutnya due date adik baby was 3hb Disember 2016. Memang dari awal lagi aku berdoa supaya time nak melahirkan anak kedua nanti aku tak perlu lagi melalui pengalaman bersalin induce macam time Adam dulu. Orang kata sakitnya berkali-kali ganda. Orang katalah. Aku takde comparison lah kan sebab Adam dulu tulah first time aku bersalin. Tapi untuk anak kedua ni nak jugak aku merasakan pengalaman bersalin secara natural dan mengalami sendiri natural contraction. Tapi nampaknya taqdir Allah mengatasi segala-galanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Mengandung dengan risiko kencing manis dan under diet control, kalau aku tak bersalin jugak 2hb Disember tu maka aku kena menyerah diri ke hospital untuk di induce.

So hari Jumaat tu, lepas suami solat Jumaat, aku pun dah packing barang-barang yang nak dibawa ke hospital sekali dengan barang-barang suami, maka lebih kurang pukul 3 petang macam tu kami pun gerak ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Perasaan time tu bercampur-baur sangat. Kalau dulu pergi hospital tinggalkan mak abah dan kucing-kucing, kali ni pergi hospital tinggalkan Adam dekat rumah. Lain betul perasaannya. Sayu, macam nak nangis. Sedih sangat. Takut - takut kalau aku tak balik.

"Abang, macamana kalau Lina meninggal masa bersalin nanti?"
Suami diam. Lepas tu pendek je dia jawab.
"Mati syahid tau. Masuk syurga."
Terus terdiam aku. Suami ambil tangan kanan aku dan genggam kuat-kuat. Entah apa ke drama lah yang aku rasa time tu. Syahdu lain macam. Dalam hati tak putus-putus berdoa pada Tuhan semoga dipermudahkan segala urusan.

Sampai hospital, suami terus bawa ke Dewan Bersalin. Walaupun belum nak bersalin lagi tapi sekarang prosedur dia memang macam tu. Bawa ke Dewan Bersalin dan tunggu giliran untuk doktor periksa. Ada dua tiga orang jugak ibu-ibu dnegan komplikasi yang macam-macam tengah tunggu turn untuk diperiksa. Tengah bosan - bosan tunggu giliran, tiba - tiba ternampak muka yang familiar. Terserempak pulak dengan Efni. Dia pun nak check pregnancy jugak sebab dia dah ada mild contraction and dah turun tanda. Tak adalah aku mereput tunggu turn sorang - sorang macam patung cendana. Borak - borak dengan Efni lupa segala kerisauan yang dok melenting - lenting dalam hati.

Aku masa ni dalam hati dah berdoa semoga aku dijodohkan dengan doktor perempuan. Aku berdoa supaya Tuhan peliharakan aurat aku. Tapi sekali lagi, Allah tahu apa yang terbaik, doktor lelaki pulak yang check aku. Lepas doktor buat check bukaan, doktor bagitahu yang aku dah opening 1cm. Alhamdulillah. Syukur. Dalam hati masih lagi berdoa supaya aku tak kena induce. Kot-kot la malam tu aku bersalin ke apa ke kan. Lepas habis prosedur dekat Dewan Bersalin, suami terus daftarkan aku masuk wad dan dijadualkan untuk di induce first shot pada esok pagi pukul 11 pagi. Memandangkan belum ada apa-apa yang berlaku dan aku pun takde rasa sakit nak bersalin ke apa ke, suami batalkan hasrat nak stay hospital malam tu. Kesian jugak dengan suami takut dia tidur tak selesa ke apa ke. So aku suruh dia balik and temankan Adam tidur malam tu. Kesian Adam. Rasa rindu membuak - buak pulak dekat dia. Kalau depan mata tu asyik kerja nak buat Mama marah je. Bila jauh rindu pulak.

Lepas masuk wad and kemas barang - barang, waktu melawat pun dah habis dah. Suami nak balik dah, ha time ni lah memang buat drama swasta level 999 punya. Mulalah nak sedih sayu hiba bagai dengan drama airmata lengkap semua ada. 8 tahun bernikah dengan suami tak pernah kena tinggal dengan suami melainkan kalau dia kena kerja malam. Mestilah sedih. Dahlah aku ni spesis perempuan yang mengada-ngada, muka gangstar tamil punya tapi bila nak kena tinggal suami berkaca-kaca mata. Sebelum suami balik aku minta maaf segala salah silap aku dengan suami, mohon dia doakan aku bersalin normal tanpa induce. Malam tu aku memang sorang - sorang menanggung kesenduan yang bermaharajalela dalam hati. Lepas solat Isya' dekat tepi katil, aku capai phone and baca surah Yasin. Habis je baca surah Yasin, aku sambung berzikir sambil mulut tak putus-putus berdoa semoga Tuhan memperkenankan doa aku untuk bersalin tanpa induce.

Entah berapa kali aku terlelap pastu terjaga lagi sebab penghuni katil sebelah dok ulang - alik sana sini sampai aku pun naik rimas. Dia pun mangsa induce jugak tapi belum ada bukaan. Dari siang tadi opening serviks dia cuma 1cm. So aku agak dia dok ikut petua orang - orang untuk kerapkan berjalan untuk menggalakkan pembukaan pintu rahim. Entahlah. Yang aku tahu aku serabut perut tengok dia jalan - jalan macam tu. Dah terjaga macam tu, nak tidur pun tak boleh, aku pun sambunglah baca Yasin dan berzikir lagi. Sampailah aku terlelap sendiri dan bangun keesokkan harinya untuk solat Subuh. Time nak mandi tu aku perasan ada lendir bercampur dengan darah, tapi time ni takde rasa contraction apa lagi. So lepas mandi, and solat Subuh, aku pun sambung lagi baca Yasin dan berzikir. Selagi belum pukul 11 pagi maka aku masih ada harapan untuk tidak diinduce. Manalah tau kan.

Uniform kaler pink okay. Mak suka!
Kalau ikutkan kelayakan memang layaklah masuk was kelas 1. Tapi sebab aku kes GDM dan bakal diinduce , maka tercampaklah aku di wad kelas entah keberapa ni. Takpelah. Kakak redha dan pasrah.
 Sabtu // 3 Disember 2016 // 11 pagi.


Tepat pukul 11 pagi, aku dipanggil masuk ke bilik rawatan. Doktor terangkan prosedur untuk diinduce dan kebarangkalian yang bakal berlaku selepas diinduce. Doktor yang in-charge untuk kes aku ni nama dia Doktor Hafezul.So dia terangkan yang proses induce ni akan berlaku sebanyak 3 kali. Dan kalau dah 3 kali induce tu jugak aku masih belum ada sebarang tanda kontraksi atau takde sebarang bukaan maka option kedua akan dipertimbangkan iaitu operation. Sebab aku GDM maka aku tak boleh biarkan baby duduk lama dalam perut. Kena lahirkan dia on time melalui apa cara sekalipun. So lepas Doktor Hafezul bagi penerangan ni, maka prostin first shot pun dimasukkan dan aku tak boleh bangun atau buang air selama 1 jam. Maka terpasrahlah aku terbaring sambil menunggu effect ubat tu untuk bertindak balas.

Pukul 12.30 tengahari suami datang melawat. Masa ni aku dah mula rasa mild contraction yang acah- acah. Kejap ada kejap takde. Masa diorang hidangkan lunch pun aku masih boleh makan lagi. Berselera betul aku makan ikan masak merah dengan sayur sawi dia tu. Umpama sebelum ni aku tak pernah pulak makan ikan masak merah sesedap begitu. Badan pulak dah mula berpeluh - peluh. Suami pesan suruh makan kurma banyak - banyak dan minum air zamzam. Abah ada bawakkan air akar kayu Orang Asli. Tapi aku takut nak minum. Aku takut kalau aku minum nanti sakit dia lain macam nauzubillah tapi takde bukaan langsung. So aku set dalam kepala yang aku akan hanya minum air yang abah sediakan ni bila aku dah betul - betul sakit tak tertanggung nanti.

Waktu melawat habis pukul 2 petang, suami pun nak pergi makan and pergi solat and dia janji akan datang lagi untuk sesi melawat petang nanti. Aku pun ambik kesempatan ni untuk solat, sambung baca Yasin lagi and terus berzikir sampai aku tertidur kepenatan. Contraction dah mula terasa. Wah! Macam ni ke rasa dia! Mula - mula kau akan rasa baby mengeras. Beberapa saat lepas baby mengeras tu kan akan rasa perut kau menggelodak nauzubillah selama beberapa puluh saat. In my case, rasa menggelodak berserta sakit dekat pinggang yang mencengkam tu berlarutan selama 36 saat. Sela masa antara rasa sakit tu adalah 3 minit. Maksudnya hilang je rasa sakit tu contohnya pukul 5.00 petang, rasa sakit tu nanti akan kembali pukul 5.03 petang. Macam tu. Time solat Asar memang susah sikit sebab kau kena tahan rasa sakit tu sambil kau terbongkok-bongkok nak rukuk nak sujud. Mengalir jugak airmata bila tengah nak rukuk tiba-tiba rasa sakit tu datang.

Suami datang melawat untuk sesi petang tu. Sambil urutkan belakang, suami ajak berbual untuk hilangkan rasa sakit. Tapi aku dah tak mampu dah nak berbual. Rasa sakit tu buat aku hilang mood. Nak makan pun aku tak selera. Suami pujuk suruh makan untuk tambah tenaga. Dia tolong suapkan. Walaupun rasa tak berapa nak berselera tapi mengenangkan suami yang susah payah temankan, aku telan jugak lauk yang terasa berpasir dekat tekak ni. Time ni kencang sikit rasa sakit tu datang. Aku dah tak mampu nak duduk dah. Nak berdiri pun rasa tak selesa. Apatah lagi nak berjalan- jalan keliling wad macam orang lain buat. Sudahnya aku bagitahu suami yang aku nak baring. Cuba nak tidur. Dahlah malam tadi aku tak tidur disebabkan orang sebelah dok kehulu kehilir. Kepala aku  rasa berat, mata dah mengantuk sangat - sangat. Aku pun berbaring mengiring ke kiri. Sambil baring tu aku ambik tangan suami. Aku peluk kuat - kuat. Time time macam ni emosi betul aku rasa. Aku nak cepat - cepat lahirkan baby ni and balik rumah. Aku nak suami sentiasa ada dekat sisi. Aku taknak jauh lagi dengan suami. Aku terlelap lah jugak dalam beberapa minit. Lepas tu aku terjaga balik dengan muka berpeluh - peluh sebab aku rasa sakit tu semakin kerap. Setiap kali sakit tu datang, aku bayangkan muka Adam. Aku bayangkan muka suami. Aku bayangkan yang adik baby bakal keluar melihat dunia. Aku bayangkan yang kami akan hidup bahagia satu keluarga. Aku tanamkan dalam hati yang sakit ni semua permainan mental. Tak sakit pun sebenarnya. Aku niatkan yang rasa sakit yang aku tengah alami sekarang ni adalah hadiah untuk suami. Aku buat semua ni untuk dia. Untuk dapatkan redha Allah. Aku bukan isteri yang sempurna. Maka tak mengapalah kalau aku terpaksa tanggung rasa sakit ni untuk melahirkan zuriat keturunan kebanggaan dia.

Pukul 7 malam, sebelum suami balik sebab waktu melawat dah tamat doktor panggil untuk check bukaan. Sebab contraction dah semakin kerap. Tapi masih boleh tahan lagi. Takdelah menggila sangat.Aku ingat dah start opening 4cm ke apa kan, tapi bila doktor check rupanya bukaan masih 2cm. Kelakar sangat tau. Sakit dah macam apa rupanya baru 2cm.  Drama sangat! Terus - terang time ni dalam hati rasa kecewa, marah, putus asa semua ada. Tertanya - tanya apa yang Tuhan nak beri sebenarnya. Aku berdoa supaya bersalin normal dan tak kena induce tapi Tuhan tak perkenankan. Aku berdoa supaya dipercepatkan bukaan rahim pun Tuhan tak perkenankan. Terus rasa nak marah, nak baling barang, nak hempas-hempas badan ke lantai pun ada. Tapi cepat - cepat aku istighfar banyak - banyak, ni semua kerja setan ni. Aku istighfar dan tanamkan dalam hati yang apa yang jadi ni semua dibawah perancangan Tuhan. Aku merancang. Tuhan merancang. Namun perancangan Tuhan yang lagi baik. Yakin! Yakin! Suami minta izin untuk balik. Cadangnya suami nak stay back dengan hotel tempat dia kerja je. Dekat dengan hospital and kalau ada apa -apa senang dia nak datang ke hospital. Time ni ada sepupu aku datang melawat, sekejap je. Habis waktu melawat dia pun minta diri nak balik. Lepad diorang balik, aku siap-siap nak solat Maghrib. Cadangnya lepas Maghrib nak sambung solat sunat hajat dengan solat taubat. Tapi tak mampu nak buat sebab contraction macam dah start nak menggila.

8.45 malam.

Contraction dah tersangatlah intense. Sakit dia tu susah aku nak describe macamana. Memang sakit. Tapi dengan izin Allah aku boleh cope dengan rasa sakit tu. Aku bayangkan muka Adam yang comel, aku bayangkan muka suami, aku bayangkan macamanalah rupa adik baby nanti. Semua benda-benda ni buat aku happy dan bahagia. Dalam masa yang sama dia trick otak aku untuk tak fokus dekat sakit tu. Aku selang selikan dengan zikir, doa Nabi Yunus. Sekejap - sekejap karang aku borak-borak dengan ibu-ibu dari katil sebelah. Cuba larikan otak dari asyik bayangkan sakit. Mulut pulak setiap kali nak merengek sakit, aku gantikan dengan zikir Astaghfirullah, Subhanallah, Allahu akbar. Insyaallah, sakit tu walaupun tak berkurang, tapi Tuhan akan bantu kita dengan salurkan kekuatan dan ketabahan untuk tanggung kesakitan tu. Sambil-sambil tu aku scroll Facebook / Twitter (Sempat lagi!) and balas - balas whatsapp dengan kawan - kawan, adik beradik and sanak saudara yang dok tanya update. Sekejap - sekejap aku usap-usap perut. Pujuk adik baby untuk cepat-cepat keluar. Jangan sakitkan Mama lama - lama. Maklong send gambar Adam. Hiba terus rasa hati ni. Mengalirlah airmata untuk kesekian kalinya. Rindu tahap tingkat tertinggi dekat Adam.

Dalam sakit- sakit tu, terhasil jugaklah sekeping selfie ni. Send dekat Maklong untuk dia tunjuk dekat Adam. Adam kata dia taknak tengok muka aku. Dia suruh aku selfie perut aku. Sabo jelah.

12.30 malam.

Try nak tidur. Sebab kepenatan sangat. Tapi tak berjaya. Berjaya tidur-tidur ayam je. Ayam tidur pun lagi nyenyak dari aku. Puas mengiring ke kiri ke kanan tetap jugak tak boleh nak lelapkan mata. Aku pergi toilet, ganti pad. Darah keluar banyak sangat time ni. Teringat orang tua - tua adakata time nak melahirkan ni ada dua jenis kembar. Kembar air dengan kembar darah. Kalau sebelum bersalin tu turun air banyak maknanya proses kelahiran tu nanti senang dan meluncur sap sap eh dah beranak pun dengan senangnya. Kalau kembar darah pulak meaning sebelum bersalin tu keluar darah banyak maknanya nanti proses kelahiran tu penuh dengan rasa kesakitan yang mencengkam. Ah gasak. Tak kisahlah kembar air ke kembar darah ke kembar Nutella ke aku dah tak kisah. Asalkan aku selamat lahirkan adik baby dengan selamat, sudah.

Sebab tak boleh tidur, aku sambung lagi baca Yaasin dan berzikir. Sampailah akhirnya aku terlelap jugak. Bangun - bangun je aku tengok jam dah pukul 2.15 pagi. Perut aku sakit sangat time ni. Terus aku bingkas duduk. Aku usap - usap perut. Sakit dia lain macam. Dah bukan 3 minit sekali ke, dua minit sekali ke apa ke. Aku rasa macam sakit dia berpanjangan, dah tak ada sela masa dan terasa macam nak terberak sangat - sangat. Aku pergi toilet dulu, buang air kecik lepas tu aku terus pergi kaunter misi. Ada sorang misi tengah berjaga. Yang lain tengah berehat. Kesian diorang. Kerja siang malam tak kenal masa. Aku bagitahu misi yang aku tersangatlah sakitnya. Misi tu pulak chillax je suruh aku duduk dulu. Dia kata nanti doktor datang periksa. Time aku nak duduk tu tiba- tiba macam ada gelombang menggelodak dalam perut menggila-gila punya sampai aku terjerit "Allahuakbar!". Terus misi tu tadi suruh aku baring dekat katil. Dia nak check bukaan. Baru je dia suruh aku kangkang terus dia kapitkan kaki aku sambil pesan,"Dik, jangan teran dulu ye. Kita transit awak ke Dewan Bersalin sekarang!" Maka suasana pagi yang sepi Pak Mat jual kopi tu tadi bertukar menjadi sedikit hingar-bingar tetapi masih dalam keadaan yang sangat terkawal. Stretcher tetiba je dah ada kat tepi aku. Ada dua orang misi lain yang entah datang dari mana tetiba je dah ada kat tepi siap siaga nak tolak aku ke Dewan Bersalin. Aku pun bergolek dari katil rawatan ke stretcher dan terus sap sap ditolak ke Dewan Bersalin. "Saya nak bersalin dah ke?"Tanya aku macam agak blur - blur. "Ye dik. Awak dah full opening dah tu. Nampak dah rambut dia tu!"jawab misi tu. Halamak. Nak bersalin rupanya. Patutlah sakit lain macam.

Sambil ditolak masuk ke Dewan Bersalin, maka terbayang jelas dimata harapan dan impian untuk suami ada di sebelah aku sewaktu aku melahirkan adik baby musnah pecah berderai begitu sahaja. Tak sempat nak inform suami yang aku dah sampai masa untuk melahirkan. Dan kalau aku sempat inform dia sekalipun, suami takkan sempat untuk sama - sama ada untuk temankan aku. Maka...babai impian! Kaput!Sampai je kat Dewan Bersalin, dengan tiga kali push, maka lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. Allahu. Allahuakbar. Suasana hening 3.26 pagi, damai, tenang lagi menenangkan, dengan tanpa sebarang huru - hara dan kesibukan, semua attention hanya pada aku dan bayi. Katil - katil lain semua kosong. Cuma ada aku. Lahirlah seorang bayi lelaki dengan berat 3.17kg. Kecil je dia kalau nak dibandingkan dengan Adam. Adam dulu putih melepak dengan mata sepet, badan ketul-ketul. Adik dia ni pulak tanned sikit kulit dia. Kecil. Tapi lahir dengan senang, damai dan langsung tak menyakitkan. Alhamdulillah. Saat misi letakkan adik baby ke dada untuk sesi bonding, bermacam - macam perasaan yang aku rasa waktu tu. Hiba, bahagia, rasa penuh kesyukuran yang tak terungkap dek kata - kata. Semua sakit - sakit menahan contraction, penat menunggu saat adik baby lahir ke dunia, semua tu hilang sekelip mata. Cliche kan? Tapi memang tu kenyataannya. Tendangan - tendangan kecil yang selama ni aku rasa dalam perut, regangan - regangan yang kadang - kadang buat aku ngilu sepanjang malam, penasaran memikirkan apakah rupa wajahnya hadiah dari Tuhan yang bakal aku lahirkan ke dunia, kini dalam pelukan.

Teramatlah fresh from the oven.
Assalamualaikum adik baby.
Sambil doktor dan misi - misi yang ada uruskan aku untuk perineum tear dan yang lain - lain tu, suami pun dah selamat diinform oleh salah sorang misi yang bertugas. Jadi bila aku ditolak keluar dari dewan bersalin, suami pun dah siap - siap tunggu dekat luar dan dah siap daftarkan aku untuk masuk wad kelas pertama. Tak kisahlah masuk wad kelas ke berapa pun, yang ada dalam hati aku sekarang adalah rasa syukur sebab dah selamat melahirkan adik baby. Sampai dekat wad, suami azankan adik baby sekali lagi, dan terus maklumkan pada keluarga, pihak sekolah dan pihak klinik kesihatan yang aku dah selamat bersalin. Walaupun aku kepenatan, tapi mata ni tak mampu rasanya nak lelap. Sepanjang masa asyik menatap muka adik baby yang kecil comel. Macam tak percaya yang aku dah jadi emak lagi sekali. Untuk dua orang anak lelaki kurniaan Tuhan. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Adam teruja sangat bila adik baby dah keluar. Sayang betul dia dengan adik dia. Pada dia, adik dialah yang terpaling comel sedunia, paling handsome, paling pandai. Semua adik dialah.
Rambut lebat sangat!
Makanan hospital. Sedaplah jugak. Abaikan presentation yang sendu tu. Yang penting rasa dia sedap!
Baru sepuluh hari berat dah naik dari 3.17kg kepada 3.8kg. Alhamdulillah. Kuat minum susu. Baik sangat. Tak meragam langsung. Adik baby is a bae betullah!
Betullah kan. Verily, with hardship comes ease. Yakinlah dengan perancangan Tuhan yang melebihi perancangan kita yang maha lemah ini. Kebergantungan kita 100% letakkanlah pada Tuhan. Tawakal dan yakinlah bahawa Tuhan pasti merancang yang terbaik untuk kita. Walaupun Tuhan tak izinkan aku untuk bersalin normal tanpa induce, walaupun Tuhan tak izinkan suami untuk berada disisi aku sewaktu aku ingin melahirkan, namun Tuhan makbulkan doa - doa aku yang lain. Aku berdoa untuk dihadirkan insan - insan yang baik untuk membantu aku sepanjang proses melahirkan - done. Sepanjang aku admit sampailah aku bersalin , selamat bersalin dan nak discharged, nurse-nurse semua baik - baik. Semua bagi layanan yang superbaik untuk aku. Bantu aku dengan ramah, attend aku sepanjang masa, semua baik - baik belaka. Aku berdoa supaya Tuhan kurniakan aku ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi rasa sakitnya contraction - done. Walaupun sesungguhnya sakit tu tak dapat aku nak gambarkan, tapi Tuhan bagi aku kekuatan luarbiasa untuk menahan rasa sakit tu tanpa mengeluh. Tuhan bantu aku dan izinkan aku untuk terus bersolat tanpa tertinggal satu waktu pun sampailah hari aku melahirkan. Aku berdoa supaya Tuhan kurniakan aku proses melahirkan yang cepat, mudah, tidak menyakitkan, tidak menyusahkan dan penuh ketenangan - done. Adik baby aku lahirkan dalam masa tak sampai 15 minit dalam labor room. Mudah, 3 kali push je. Tak menyakitkan, tak menyusahkan dan tenang diselubungi suasana hening pagi. Allahu akhbar. Ini perancangan Tuhan untuk aku. Dan aku yakin, perancangan Nya inilah yang terbaik untuk aku. Allahu akhbar. 

Hari ke sepuluh jugalah secara sah dan rasminya, kami suami isteri beri nama keoada adik baby. Untuk dua - dua orang anak ni pun, aku yang in-charge untuk letak nama anak. Kuasa veto dekat tangan aku. Alasanya aku yang tanggung segala susah payah, morning sickness, sakit bersalin apa bagai jadi biarlah aku yang kasi nama. Kehkeh. Untuk anak ke dua ni, aku ambil nama sempena seorang Nabi yang bukan sahaja kacak rupa parasnya, tapi penuh ketrampilan dan karismanya. Kisah Nabi yang satu ni dekat betul dengan kisah aku sewaktu aku bersedih dipindahkan sekolah kerana fitnah dan hasad dengki manusia dulu. Aku namakan dia Yusuff. Kemudian aku gabungkan dengan nama gua tempat terjadinya kisah 7 orang pemuda dan seekor anjing yang Allah tidurkan kerana nak mengelakkan pemerintah yang zalim - Kahfi. Dan dihujungnya, aku lengkapkan dengan nama timangan Saidina Uthman, Zunnurain - yang ertinya 'yang mempunyai dua cahaya'. Kerana Saidina Uthman bernikah dengan dua orang puteri Rasulullah. Jadilah nama anak aku yang kedua ni Yusuff Kahfi Xunnurain. X tu trademark. Tak boleh tidak. Lantaklah orang nak kata nama anak aku panjang berjela sekalipun. Aku tak mintak beras orang untuk buat makan.


Yusuff, semoga membesar dengan sihat dan sempurna, beramal soleh dan dekat dengan Tuhan. Berbakti di jalan yang Tuhan redhai, menjadi penyejuk mata emak ayah dan menjadi manusia yang dicintai Tuhan. Sejak hari pertama aku peluk Yusuff dalam dakapan, sejak hari itu aku bersumpah akan berikan apa sahaja yang terbaik untuk dia, walaupun bergalang - gantikan nyawa.

Dah babai. Nak sambung berpantang.

Satu Kelahiran : Dedikasi Untuk Suami.

$
0
0
Dulu kan, aku selalu fikir yang kalau sorang perempuan tu susah gila nak beranak, tu mesti dia banyak buat dosa tu lagi-lagi dengan laki dia. Mesti punyalah. Kan selalunya dalam cerita-cerita Melayu kan kalau bini dia perangai macam pongkes dengan laki dia kan nanti Tuhan kasi azab kaw-kaw punya time nak bersalin nanti. Lepas tu barulah bini dia merengek-rengek, merayu merangkak-rangkak mintak ampun dengan laki dia. Kan? Kan? Lepas tu laki dia buat eksen taknak ampunkan dosa bini dia lepas tu bubuh skrip seround macam"Ah sudahlah kau Leha. Ini semua balasan Tuhan atas dosa-dosa kau terhadap abang..blablabla."Lepas tu nanti ada flashback bini dia terajang laki dia la, bini dia kasi laki dia makan nasi kangkang la, bini dia bubuh clorox dalam kopi laki dia la sambil ada background lagu sedih-sedih gitu.

Tu mindset aku dulu. Aku rasa kalau kita ditimpa musibah, tu semua namanya bala. Tuhan nak kasi ajar sikit biar kita beringat. Tapi bila umur dah menginjak tua ni (Helemek tua ke?) aku sikit demi sikit mula ubah persepsi dan mindset aku terhadap konsep bala ni. Bagi aku, kalau Tuhan beri sesuatu yang berat untuk kita hadap, untuk kita telan, untuk kita tempuh, tu bukan bala namanya. Tu namanya ujian. Tuhan bagi. Kenapa Tuhan bagi kita ujian? Aku pernah dengar satu Ustaz ni cakap, Tuhan kasi kita ujian sebab Tuhan sayang. Tuhan nak dengar kita sebut-sebut nama Dia dalam doa. Ustaz ni cakap, ujian itu fungsinya adalah untuk mendekatkan kita pada Tuhan. Bukan untuk menjauhkan. Dan Tuhan pun dah sebut dalam Al-Quran, kalau kita bersabar dengan setiap ujianNya, insyaAllah ada hikmah yang menanti kita. Setiap susah payah kita, pahit jerih kita tak akan pernah terbiar gitu je dengan sia-sia. Sekecik-kecik kuman, ada habuannya. Yang penting, kita sabar dan redha.

Masa aku terlantar menanggung sakit untuk melahirkan Yusuff, dalam pada sela masa menahan contraction tu, tak ada benda lain yang aku bayangkan dalam kepala melainkan suami aku. Terbayang-bayang dari saat kitorang kenal, sampailah ke zaman kitorang bercinta sampailah ke saat kami bernikah. Aku terbayang dosa-dosa yang aku buat dekat dia. Aku ni keras kepala. Kuat melawan. Kalau dah kata keras kepala kuat melawan tu, maka memang selalulah cakap-cakap suami yang aku lawan. Suami kata A, aku menjawab sampai ke Z. Ada je yang aku nak bertekakkan dengan suami. Kuat menjawab. Nak nak pulak suami sifat dia sangat kontra dengan aku. Suami tak banyak cakap. Aku ni pulak dari celik mata sampailah ke tidur, ada je benda yang aku nak bebelkan. Aku terbayang zaman - zaman jahiliyyah aku dulu. Zaman dimana aku sibuk dengan seronoknya dunia. Sibuk kejar nama, sibuk kejar kebahagiaan yang sementara.Aku lebih utamakan kerja, utamakan kawan-kawan, utamakan benda lain selain keluarga. 8 tahun bernikah, aku rasa aku tak pernah buat apa-apa untuk suami. Aku tak pernah menjadi isteri yang baik untuk dia. Aku cuma jadi isteri hanya pada nama. Time ni aku nangis teresak - esak macam budak kecik. Meleleh-leleh hingus. Nasib baik wad aku ni ada tirai yang pisahkan kita dengan katil depan and katil sebelah. Aku tarik tirai tu. Malulah kalau orang nampak aku nangis. Hilang macholah.

Aku tak pernah berkorban apapun untuk suami. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia, memang macam langit dengan bumi. Dalam pada tengah sakit-sakit tu, aku angkat dua tangan aku, aku tadahkan doa untuk suami. Aku cakap dengan Tuhan, kalaulah aku sakit menahan contraction ni dan sakitnya aku masa nak melahirkan bayi ni nanti dianugerahkan Tuhan dengan sedikit pahala, maka aku hadiahkan semua pahala-pahala tu untuk suami. Sakit ini, aku tanggung semuanya demi suami. Aku hadiahkan segenap kekuatan dan ketabahan aku menahan sakit ini, khas untuk suami. Kalaulah perjuangan hidup mati untuk melahirkan zuriatnya ini boleh dipanggil sebagai satu pengorbanan, maka ini korban aku khas untuk suami. Setiap darah yang mengalir, setiap tulang yang membengkok lentur, setiap urat yang terputus semuanya, semuanya aku dedikasikan untuk suami.

Dan kemudian...lahirlah Yusuff. Sihat dan sempurna dengan izin Tuhan yang Maha Esa. Penguat kasih antara aku dan suami. Bayi yang kami nanti - nantikan selepas 6 tahun kelahiran Adam.  Bayi yang kami tunggu - tunggu. Kata Kak Zana, kehadiran Yusuff ni sebenarnya hadiah terunggul dari Tuhan. Cukup-cukuplah aku bersedih, dimalukan, dinafikan - maka, Yusuff inilah hadiah dan hikmah dari kesabaran yang selama ini aku tanamkan dalam hati. Yusuff inilah penyejuk hati kami suami isteri. Yusuff inilah pembawa rezeki kebahagiaan buat kami. Allahu. Perancangan Tuhan itulah yang Maha Hebat Maha Sempurna.

 18 hari melihat dunia.
Lepas ni, aku cuba untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk suami. Yang akan membahagiakan suami di dunia dan di akhirat. Jauh lagi dari sempurna, tapi aku sedang cuba dan akan terus mencuba. Isteri yang layak untuk menjadi pendamping suami di syurga. Sekaligus menjadi ketua segala seantero bidadari-bidadari di taman euphoria Tuhan nanti. Insyaallah.

Amin.

Woot Woot Taiping! (3 Hotel Paling Best Dekat Taiping)

$
0
0


Ya Allah, seronoknya bila difikir-fikir aku masih ada berpuluh-puluh hari untuk baki cuti bersalin aku. 90 hari beb! Gembira tonggeng – tonggeng. Masa cuti hujung tahun hari tu tak dapat nak bawak family pergi holiday sebab masih dalam berpantang lagi. Ni lagi sepuluh hari lagi nak habis tempoh berpantang ni, kaki pun dah gatal nak pergi jalan – jalan ni. Siapalah yang tak suka bercuti kan? Bercuti ni merupakan aktiviti yang digemari dan disukai majority manusia kot weh sebab bercuti ni boleh buat kita lupa seketika tentang segala beban dan masalah yang menghantui kepala kita serta rutin harian yang membosankan. Gitu. Ayat dah macam pengacara Majalah Tiga. Sebelum kita melancong mahupun pergi bercuti, kita mesti perlu melakukan pelbagai perancangan yang tiptop dan rapi termasuklah dengan pemilihan tempat penginapan yang sesuai. Jangan pandang enteng eh dengan pemilihan tempat penginapan ni. Kalau tersalah pilih tempat penginapan nanti tak pasal – pasal je boleh membuatkan mood percutian kita berubah. Elok-elok nak happy, tak jadi happy pula. Bayangkanlah dah syok-syok nak bercuti tiba – tiba pulak tempat penginapan tu dah macam tempat langsuir bertendang. Agak-agak teruja tak?
Kali ni aku plan nak bercuti ke Taiping. Dah lama sebenarnya teringin nak jejak bumi Perak dan Taiping sebagai destinasi percutian ni tapi asyik tak kesampaian je. Busy sana sini. Jadi plannya kali ni tak kiralah macamana sekalipun, kitorang sekeluarga nak jugak cari masa untuk menjajah bumi Taiping. Jadi, tindakan pertama adalah cari tempat penginapan yang best dekat sana. Tak kisahlah korang nak stay dekat hotel, homestay atau chalet Taiping ke, yang penting jangan lupa untuk tengok review atau komen dari pengunjung lain dan sesuai dengan bajet. Jangan malas untuk buat sikit research and baca review dari pengunjung-pengunjung yang lain. Memang banyak membantu dalam usaha kita nak mencari tempat penginapan yang best dan bersesuaian dengan bajet. Dekat bawah ni aku ada senaraikan beberapa accommodation yang best untuk korang bermalam kalau korang bercuti ke Taiping.
 
1.Tune Hotel

Kenapa aku suggest dekat sini? Sebab lokasinya sangat strategik dan mudah untuk ditemui. Dengan warna dia yang merah menonjol tu memang tak susah korang nak jumpa hotel ni di tengah – tengah alam maya. Terletak di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan kemudahan awam macam mall, hospital, gym dan lain-lain lagi., kira macam kalau korang check in dekat sini, tak susahlah korang nak dapatkan kemudahan – kemudahan lain. Macam all in one lah gitu. Tune Hotel jugak menjanjikan keramahan pekerja yang tiada tolok bandingnya. Selain itu  hotel ni jugak menawarkan keselesaan hebat kepada pengunjung dengan menyediakan 3 pilihan bilik yang cukup sempurna iaitu Twin Room, Double Room dan Family Room Standard. Walaupun tempat penginapan ni tiada swimming pool seperti yang korang idam-idamkan, namun ia mempunyai rating yang tertinggi dari segi kebersihan, hidangan dan perkhidmatan yang disediakan. Ramai pengunjung yang berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan. Harganya pun berpatutan dan berhampiran dengan tempat tarikan pelancong sepertiZoo Taiping, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, dan banyak lagi.








2.  Hotel Taiping Perdana



Haaa, bagi korang yang mencari tempat penginapan yang ada swimming pool dengan harga yang rendah, korang boleh stay dekat Hotel Taiping Perdana ni. Apa yang best dekat sini walaupun hari hujan korang still boleh mandi dan bermain di swimming pool sebab di sini mereka menyediakan tempat swimming pool yang bertutup. Mana – mana yang datang dengan anak – anak tu, hotel yang dilengkapi dengan swimming pool memang sangat-sangat menjadi pilihan kan. Budak – budak kan suka berendam dalam air. Korang juga boleh mencuba hidangan makanan dari Café Intan Suri yang menyajikan masakan antarabangsa yang halal dengan rasa yang luar biasa. Memang wajib cuba tu! Selain tu, terdapat banyak kemudahan yang ditawarkan untuk pengunjung seperti WIFI, parking, sarapan, TV dan banyak lagi. Jadi takde alasanlah untuk korang mereput dalam bilik taktau nak buat apa. Selfie – selfie pastu tak boleh nak upload sebab hotel takde WIFI. Data pulak dah habis. Sendu! Jangan risau, sebab Hotel Taiping Perdana ni siap lengkap dengan pelbagai kemudahan yang menyenangkan korang sekeluarga. Korang juga boleh pilih pelbagai pilihan bilik mengikut kesesuaian korang iaitu Standard Room, Superior Room, Family Room, Junior Suite dan Executive Suite. Hotel yang terletak di pusat Bandar Taiping ni juga berhampiran dengan tempat tarikan pelancong seperti Muzium Perak, Kuala Sepetang, Pusat Perlindungan Burung dan sebagainya.





3.   Flemington Hotel

Accommodation ni juga merupakan salah satu the best Taiping Hotels kerana mempunyai senibina yang moden dan menawarkan pemandangan panorama Taman Tasik Taiping yang cukup indah. Pemandangan landskap semulajadi yang menakjubkan ni juga dapat dinikmati dari kolam renang yang berada di atas bumbung atau salah satu dari 3 pilihan tempat makan. Gila ah romantiknya! Kalau korang nak tengok permandangan taman tasik yang cantik tu dari bilik, korang boleh pilih bilik Premier Double. Selain dari banyak kemudahan bilik, di sini juga menawarkan perkhidmatan mengatur lawatan balik hari ke Bukit Larut, di mana korang boleh berenang di air sungai atau mendaki ke puncak bukit tersebut. Jadi tak payah nak pening – pening kepala nak fikir macamana nak uruskan trip tu pesemua. Semua dah ada. Korang tinggal mintak je. Review yang diberikan oleh pengunjung lain juga sangat positif dan memuaskan serta mudah untuk berkunjung ke tempat tarikan yang lain seperti Taiping Sentral Mall, Bandar Warisan, Kuala Sepetang dan banyak lagi.





Sebenarnya banyak lagi choice of accommodation yang korang boleh pilih jika berada di Taiping ni. Korang tak payah nak pening – pening kepala sangat. Korang boleh tengok dekat Traveloka.com.Terdapat banyak pilihan tempat penginapan daripada hotel premium sehingga ke hotel bajet. Korang bolehlah buat persediaan awal based on duit dalam poket maisng – masing. Page ni juga akan filter and sort kan siap-siap the best rate untuk korang. Korang kena buat apa? Korang tinggal pilih sahaja. Mudah kan? Selain tu, korang juga boleh pilih mengikut keperluan korang seperti melihat skor rating yang tertinggi, harga yang terendah, berdekatan dengan tempat tarikan dan populariti. Apa yang best, ada ruangan galeri untuk korang melihat gambar-gambar hotel pilihan korang serta melihat kemudahan apa yang disediakan. Memang terbaik dan memudahkan. Korang taip je destinasi pilihan korang dan search ikut spesifikasi yang korang idam-idamkan. So, tunggu apa lagi, jomlah tempah bilik percutian korang sekarang. Selamat bercuti! Cuti aku ada banyak lagi! Jangan jealous! Kehkeh!
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Traveloka, korang boleh klik je mana – mana satu link dekat bawah ni. Atau korang klik jelah semua. Sukahati koranglah.

Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

Dah. Babai!

Al-Ankabuut | Ayat 62

$
0
0
Aku ingat lagi macamana sendunya aku tahun lepas bila Ayam meraikan kenaikan DG beliau dari DG41 ke DG 44 secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan dan aku hanya mampu memandang dari kejauhan sebab permohonan kenaikan pangkat aku tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan / Pengetua sekolah lama aku. Aku tahu rezeki tu kerja Tuhan. Kita sebagai manusia biasa yang berstatus hamba ni tak layak nak mempertikai kerja Tuhan. Rezeki bukan manusia yang kasi. Aku tahu tu. Tapi aku tetap rasa tindakan orang berkenaan adalah sangat kejam, tidak berhati perut dan sangat menyusahkan aku. Kenyang aku makan penipuan manusia - manusia disekeliling aku pada masa tu. Dahlah aku dipindahkan konon - kononnya atas sebab keperluan dan kesenioritian. Rupa - rupanya aku dipindahkan sebab ada manusia kuat main wayang. Dahlah begitu, permohonan kenaikan pangkat aku pulak tidak diperakukan. Jadi dari situ memang sudah terang lagi bersuluhlah kenapa sebenarnya aku dipindahkan. Ada yang butthurt dengan aku. Diperkuatkan lagi dengan komen Ketua Jabatan / Pengetua sekolah lama aku dekat borang kenaikan pangkat tu - "Perlukan bimbingan lagi untuk menjadi guru yang baik dari segi hubungan dengan rakan sekerja."Maka memang confirmlah ada manusia yang teramat butthurt dengan aku.

Sepatutnya, dalam masa 30 hari selepas Ketua Jabatan / Pengetua tidak memperakukan permohonan aku tadi, aku WAJIB diberitahu. Aku WAJIB diberitahu bahawasanya permohonan aku tidak diperaku dan aku WAJIB diberitahu sebab musabab permohonan aku tersebut tidak diperaku. Dan dalam masa 30 hari tu jugak aku boleh kemukakan rayuan. Sebab kalau dalam masa 30 hari ni aku tak kemukakan rayuan, maka permohonan aku dah masuk dalam cooling period, tak boleh nak buat apa -apa melainkan kena buat permohonan baru (Dalam jangkamasa setahun atau lebih) atau aku kena buat permohonan untuk calon cicir which was sadly, untuk kes aku, permohonan calon cicir telahpun ditutup. Jadi diorang dah kejam dua kali dengan aku dekat sini. Takde siapa pun yang bagitahu aku bahawa permohonan aku tidak diperaku dan sudahnya aku terlepas semua tarikh-tarikh penting sama ada untuk buat rayuan, permohonan semula ataupun permohonan calon cicir. Dan bila aku tanya pentadbir sekolah lama, takde satu jawapan munasabah pun yang aku dapat melainkan :  "Saya tidak mahu memanjangkan lagi hal ini."Aku nak tanya, kalau kau dekat tempat aku, apa kau rasa? Tak payah nak sembang masjid suruh bersabar, suruh pasrah suruh redha apa semua, tu aku tahu. Aku orang Islam. Konsep kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa tu kena diletakkan ditingkat tertinggi. Sekarang ni kau ni ibarat sudah jatuh ditimpa tangga tercium taik ayam candu pulak. Dipindahkan. Dinafikan kelayakan kenaikan pangkat. Lepas tu dibuat macam manusia takde hati dan perasaan. Kalau kau, kau suka ke kena macam ni?

Kes ni aku rujuk ke Putrajaya. Aku dirujuk kepada Puan Kamisah Binti Kasim. Pegawai yang handle kes aku ni. Aku nak ucapkan terima kasih sedunia kepada Puan Kamisah sebab dia tolong aku dengan penuh bersungguh-sungguh. Setiap email aku sap sap sap sepantas kilat dia balas. Dia guide aku one by one apa kena buat apa semua, dia jugak yang tolong called kan sekolah lama untuk tahu status sebenar kes aku ni. Dan dia jugaklah yang beri solusi apa yang aku kena buat for the next steps. Terima kasih Puan. Allah saja yang dapat membalas jasa baik Puan. Dan selepas tu, kes aku ni dihandle oleh Pembantu Tadbir dekat sekolah baru aku. Dahlah baik, tak pernah marah-marah atau tinggikan suara walaupun aku banyak tanya itu ini. Kak Halimah lah yang tolong checkkan markah aku setiap tahun. Dari tahun 2012 sampailah 2014, markah penilaian aku setiap tahun semua 90 keatas. Tiba - tiba je tahun 2015, tahun aku memohon tu markah aku jadi 77. Aku pun tak tahu nak komen apa. Dalam hati berserah ajelah pada Tuhan dan berdoa agar urusan ni dipermudahkan. Dan aku kena berterima kasih satu semesta kepada Juniza yang banyak sangat bantu aku untuk urusan permohonan baru. Proses permohonan sangat smooth dan tak menyusahkan mana - mana pihak. Juniza cekap buat kerja dan selalu update dengan aku setiap proses dan prosedur yang terlibat dari A sampailah ke Z. Dari start memohon, kumpul evidens, sampailah ke tarikh dia isi permohonan aku secara online. Semua dia keep me updated. Aku betul - betul terharu dengan pertolongan dan jasa baik dia. Dan selebihnya, aku redha. Pasrah. Dan tawakaltu Alallah. Kalau Tuhan kata ini rezeki aku, maka inilah rezeki aku.

Dan akhirnya, 11 Januari 2017 hari tu aku try lah check. Saja - saja. Cuba - cuba. Sebab Juniza dah bagitahu awal-awal dah yang dia sendiri tak tahu bila keputusan permohonan ni akan diumumkan. Dia sendiri tak ada pengalaman berdepan dengan situasi macam ni. Selama dia bekerja tak pernah pulak ada kes Ketua Jabatan / Pengetua tak perakukan permohonan Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan macam ni. Dan keputusannya --

ALHAMDULILLAH! 

Untuk 5 saat yang pertama aku teramatlah terkesima dan berasa sungguh sayu, sebak, tak percaya semua ada. Aku rasa macam diawang - awangan. Rasa berbaloi sangat penat lelah yang aku usahakan selama setahun ni. Nak raih kepercayaan pentadbir - pentadbir dekat sekolah baru, nak didik anak - anak murid yang totally different sangat dengan anak - anak murid dekat sekolah lama. Tambahan pulak dengan keadaan diri yang pregnant, dugaan morning sickness tu semua, aku rasa macam.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, besarnya kasih sayang Kau pada aku yang hina ini Ya Allah. Dan yang lagi manis, tarikh kenaikan pangkat aku back-dated. Meaning yang dia takkan kacau langsung senioriti aku untuk nak mohon DG 48 nanti. Amin amin ya rabb! Syukur!
 

Aku dengan takde segan silu terus mesej pentadbir - pentadbir aku. Ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Atas kepercayaan diorang pada aku. Walaupun macam - macam yang diorang dengar kisah -kisah aku sebelum ni, diorang tetap percayakan aku. Sanggup nak berikan aku ruang dan peluang untuk membuktikan yang aku ni seorang cikgu yang bagus. Bukan tahap cikai - cikai punya. Di saat semua orang mempertikai kelebihan aku, diorang yang bagi aku kepercayaan. Bagi aku peluang untuk berbakti. Sebaknya aku rasa!

Tuan Pengetua.

GPK 1
 GPK HEM

 Juniza yang disayangi.
Aku janji akan berikan yang terbaik untuk SMK Yong Peng. Satu - satunya sekolah yang mengalu - alukan aku. Sekolah yang membuka peluang untuk aku tanpa sikitpun mengambil kira masa lalu aku. Biarpun cikgu - cikgu nya tak segah sekolah lama aku, low profile dan tak sehappening sekolah lama, tapi dekat sinilah aku belajar banyak benda. Dekat sini aku mula segala - galanya dari bawah. 

Terima kasih, Boss!
Aku share berita ni dengan manusia - manusia yang aku sayang. Dengan Ayam dan Joe of course, dengan suami dan keluarga, dengan Kak Zana dan dengan sekalian manusia yang selama ni sentiasa berikan aku semangat dan tak putus-putus doakan ketabahan aku dan kejayaan aku selama ni. Sebelum ni aku rasa dugaan yang Tuhan beri ni sangatlah besar. Rasa malu difitnah dengan macam-macam perkara, hilang kawan, hilang keselesaan bekerja, dinafikan sumbangan disekolah lama selama ni, semua buat aku rasa macam sangat sangat tak berguna. Tapi benarlah, Tuhan tak akan menguji manusia diluar batas kemampuan mereka. Hari ini, saat ini, bila aku kenangkan kembali semua yang aku dah lalui, aku rasa sangat bersyukur dengan setiap ujian yang Tuhan berikan. Buat aku lebih kuat, buat aku lebih berani, buat aku lebih menghargai kawan - kawan yang ada biarpun sedikit, dan mencorakkan aku menjadi guru yang lebih baik. Dan yang paling penting, ujian inilah yang semakin mendekatkan aku dengan Yang Maha Esa. Alhamdulillah.

Aku taknak toleh belakang lagi. Aku dah maafkan semua yang menjahati aku. Aku takkan lupakan semua ni, tapi aku memilih untuk teruskan melangkah dan menjadi manusia yang lebih hebat lagi. Aku yakin, satu masa nanti akan ada percaturan yang Tuhan sudah rencanakan untuk manusia - manusia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kisah aku ini. Kecik atau besar, cepat atau lambat, akan ada bahagian masing - masing. Aku yakin. Sangat sangat yakin.

Korang tunggu ajelah.

Permulaan yang baik untuk 2017! 😎

Dah babai!

Maminqa Milk Booster

$
0
0
Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tak update blog. Rasa macam terabai je blog merapu kesayangan ni. Penuh dengan sawang - sawang dan bangkai haiwan liar nampaknya. Weh sebelum terlambat, selamat berpuasa korang! Dah masuk hari kesembilan berpuasa ni. Tadi aku pergi BP Walk nak cari baju kebaya untuk raya (Tibehh) aku terdengar pulak lagu - lagu raya dah mula berkumandang. Syeram! Banyak benda tak buat lagi ni ha. Cat rumah pun belum siap. Sebut pasal cat rumah, aku dah macam Indon kontrak sekarang ye kawan-kawan, kulit kering, bibir pecah, hitam berkilat macam biawak komodo, sunburn tahap rentung. Maklumlah, walaupun start mengecat pukul 9 pagi, pukul 2 petang baru setel ye kawan-kawan. Tu pun aku cat by section. Rumah mak bapak aku ni dahlah bersegi - segi. Naik hangin aku jadinya. Dahlah panas terik membahang, belum lagi tiba-tiba ada cicak tertepek tempat dinding yang aku cat tu, berus cat jatuh atas kepala, kaki termasuk dalam bekas cat, berus cat tanggal pastu jatuh atas zink. Halah macam - macammmm. Baru kini ku fahami perasaan indon-indon yang dok buat rumah, mengecat bangunan tu semua. Tidak gampang ya pak! Bantuin Nabila Ya Aulohhh! Okay done membebel pasal cat.

Sebenarnya kalau tengok tajuk memang dah sah-sah bukan nak story pasal cat atau indon bina bangunan atau cicak bertepek di dinding ya kawan-kawan. Aku nak cerita pasal satu Milk Booster ni atau dalam bahasa Melayu dia kita panggil sebagai penggalak susu. Ibu-ibu menyusu mesti teruja nak tahu pasal produk ni. Kompom lah. So far aku rasa inilah Milk Booster yang paling enak sekali seantero Bumi. Sebelum ni aku pernah try Milk Booster yang pil and Milk Booster yang minuman cokelat tu tapi result dia sendu lahai. Harga dahlah mahal. Aku pernah beli Milk Booster 9 paket harga dia RM36. Nampak macam murah ekk sepeket baru RM4. Tapi tapi tapi dalam sehari aku kena ambik 3 kali. Maksudnya satu hari RM12. Kalikan dengan 30 hari, dah berapa ratus dah tu? Yang paling menggeramkan, production susu aku sama ditakuk tu jugaklah, Walaupun puas lah aku menogok air masak, makan sayur, power pumping, pumping sambil berzikir sambil tengok muka baby, halah dok macam tu jugak susu. Sudahnya, emak pun kecewa.

Milk Booster yang ni memang memudahkan kaum emak - emak ni. Bukan je packaging dia sangat mudah dan kecil dan senang nak dibawak kemana - mana, yang paling best sekali, rasa dia sedap sangat dan dan dan memberikan hasil yang memang takkan buat kau nangis tepi jamban punya. Packaging dia comel sangattt hipster level 999!

 Maminqa Milk Booster. First time tengok macam planner kan? Apakebendalah kotak pun comel gila namati macam ni hukaloh haaa!

Dalam dia ni ada 20 sachets. Which aku rasa kalau time kita period kita tak perlulah consume benda ni kan. Mula - mula consume tu untuk the first 3 days tu aku tak rasa ada apa - apa perubahan pun pada milk production aku. Tapi satu benda yang aku notice, aku jadi cargasss bila bangun pagi walaupun Yusuff asyik terjaga malam few times, aku tak rasa mengantuk atau cranky, dan badan jadi lebih bertenaga. Susu masih macam biasa. Oh ya, Maminqa Milk Booster ni kira macam supplement lah kan, dan kalau dah namanya supplement, kenalah minum air masak banyak - banyak. Lagipun ibu menyusu memang kena minum air masak banyak - banyak kan. Lepas 3 hari consumed aku stop 9 hari sebab period, and lepas tu aku sambung balik consume Maminqa Milk Booster ni di bulan Ramadan Al-Mubarak.

 Dekat bahagian belakang kotak ada info pasal produk ni. Ada nutritions fact, expiry date, ingredients dia dan jugak cara-cara macamana nak consume Maminqa Milk Booster ni. Lengkap. So tak payah gaduh nak cari leaflet dah. Semua pun boleh baca dekat sini.

Untuk ibu-ibu menyusu, bulan Ramadan ni macam seram sikitkan untuk kita. Dengan keadaan kita yang tak makan dan tak minum, kita risau pulak dengan milk production kita sepanjang Ramadan. Takut tak cukup untuk cater keperluan si kecik tu. Tapi alhamdulillah, walaupun susu taklah mencanak-canak bak cokelat yang tercurah di ladang gandum, tapi ada je rezeki untuk Yusuff. Yang paling best tu, susu jadi lebih pekat. Bila susu pekat, Yusuff cepat kenyang dan beliau tidak crancky. Tidur malam dia sangat lena dan jarang sangat terjaga. Emak pun merasa bahagia. Bila tiba masa untuk pump, walaupun di siang ramadan, happy je tengok milk storage tu terisi dan susunya lebih pekat.


Cara makan dia ya Allah senang yang amat. Kau just koyak atau gunting je bahagian atas tu, and kau sedut jelah sachet tu dengan sepenuh perasaan. Aku tak dan nak gunting-gunting ni aku just koyak je dengan penuh samseng dan gangstar. Perlu diingat, kau kena consume benda ni dalam kedaan perut kau kosong. So sepanjang Ramadan ni, aku consume Maminqa Milk Booster ni pagi masa bersahur sebelum makan juadah yang berat.


Rasa dia manis - manis macam kau sedut pati Ribena tu ha. Langsung takde rasa jamu ke apa ke. Best je rasa dia. Lagi - lagi kalau kau simpan dekat esbok, memang sedapppp! Ingat, jangan biarkan sachet ni terdedah dengan direct sunlight. Dikhuatiri terjejas pulak kandungan dan komposisi nutrient produk ni. So kau simjan je dalam bilik, dekat tempat tidur, senang kau nak capai time bukak mata nak bersahur nanti. Ataupun kau boleh simpan kat esbok. Ikut suka kau lah.

Maminqa Milk Booster ni banyak benefit dia tau. Benefits dia antara lain :

Merawat masalah kekurangan susu ketika baby direct feeding.
Merawat masalah susu yang sukar keluar ketika pumping session
Merawat masalah kekurangan susu yang terkumpul ketika pumping session
Merawat apa-apa sahaja masalah Miss Boobies kita kot kot ada yang sukar memproses susu.
Merawat masalah susu yang tak lancar pengeluarannya.
Merawat masalah Miss Boobies yang tak pernah merasa bengkak susu.
Merawat masalah anak yang loya-loya dan menolak susu badan.
Merawat masalah susu cair.
Merawat masalah susu tak mewah dan muai.
Membantu merealisasikan impian penyusuan ekslusif selama 2 tahun insyaallah.

Dan dan dan yang paling best sekali Maminqa Milk Booster ni tak ada kesan sampingan insyaallah Produk ni halal, diyakini selamat dan berkesan insyaallah. Dahlah senang nak bawak kemana - mana. Tak perlu bancuh - bancuh. Just koyak dan sedut. Selesai. Packaging dia yang comel dan amat memudahkan untuk kita just ambik few sachets dan sumbat dalam handbag. Selesai masalah.

Kalau ada ibu - ibu menyusu yang nak try, boleh usha IG merebeniemy atau sekodeng FB dia Mere Benie Malaysia. Kalau dah tak sabar - sabar sangat nak try produk ni, boleh terus whatsapp +60195213616. Setel lah korang sana dengan consultant dia. Tanyalah apa - apa je pun kalau - kalau ada nak tanya apa -apa. Semoga produk ni bermanfaat untuk kita bersama.

Dahlah weh. Aku nak tidurlah weh sambil makan keropok ikan. Babai korang!!!!

Masa Nyata Menyembuh.

$
0
0
Assalamualaikum. Ya Allah. Lama gila tak update blog. Aku busy menyelamatkan dunia yang penuh pancaroba. Nak makan pun tak sempat. Penipu sangat. Bersawang dah blog. Tadi aku nampak ada cicak mati. Korang sihat? Korang jangan marah - marah walaupun harga minyak asyik nak naik je, harga barang pun naik sama. Korang kena chill chill je. Aku taknak korang stress dan jadi gila. Cukup-cukuplah dunia sekarang ni penuh dengan orang gila.

Dah nak penghujung Disember. Dah nak penghujung 2017. Sedar tak sedar, dah dua tahun aku cuba untuk menyembuh hati. Dah dua tahun rupanya aku cuba bangkit dan bangun berlari lagi. Dah dua tahun aku mulakan semula perjalanan mencari dan mengekspresi diri. Dua tahun. dan kalau aku ingat-ingatkan balik, titik pertama tempat aku bermula, haih malu rasanya. Broken tahap dewa aku time tu. Sadness level 999. Rasa macam dah tak mampu nak meneruskan kehidupan. Rasa teramat memilukan. Drama sangat allahu! Padahal, bila diingatkan balik, sungguh gelimat! Iyalah kan, orang masa tu tengah berduka nestapa, ibarat kebahagiaan direnggut sekelip mata. Mana tak menggelabah. Tapi itulah, betullah cakap orang. Masa itu magika. Masa itu penyembuh yang nyata. Berikan diri kita masa. Dan luka yang maha dahsyat itu akan sembuh dengan sendirinya.

Well, pada aku, bergantung dan berpasrah dengan masa semata-mata tak akan membawa engkau kemana - mana. Resipi rahsianya disini adalah acceptance. Penerimaan. Sebab selagi kau menidakkan dan tidak menerima dengan penuh keterbukaan, kau tetap akan menjadi makhluk yang terpaling bitter dan penuh dendam. Sabar, sayang sayang (Bak kata DSV). Ya I know revenge is a dish. And it's best served cold. Ya nanti. Faham. Tapi sebelum engkau melunas dendam, bukakan dulu hati kau untuk menerima qada dan qadar Allah Taala. Ini peluang untuk kau menjadi manusia yang lebih hebat. Terimalah. Dengan hati dan minda yang terbuka dan penuh hikmah. Kalau dalam Islam konsep begini dipanggil redha, kan? Redha. Terima tanpa merungut dan bersungut, Terima bahawa kita ini manusia yang penuh khilaf, tidak maksum dan tidak sempurna. Terima bahawa segala kejadian yang Allah tentukan ini tidak ada yang kebetulan tidak ada yang namanya sia - sia. Dan sifat penerimaan ini, bergabung dengan masa untuk menyembuh, maka ia akan menjadi potion yang cukup ampuh untuk menghasilkan jatidiri kita yang lebuh kukuh dan hebat. Insyaallah. Dan aku, selama dua tahun ini, telah mengerah segala asa dan dayaku untuk pertama, menerima : REDHA. Dan kedua : BIARKAN MASA MENYEMBUH SEGALANYA.

Dan Tuhan itu sifatnya penyayang lagi penuh cinta. Kau berjalan mencariNYA, Dia berlari kepada engkau dengan segala cintaNya. Dia tak akan sekali-kali membiarkan engkau terkapai-kapai dan berbodoh sendiri. Dalam merawat hati, jangan sesekali angkuh dengan keagungan Illahi. Mintalah. Berdoalah. Pohonlah agar kau diberikan kesembuhan. Mintalah agar kau dikaruniakan ketenangan dan sifat merendah diri dalam segala hal. Yakinlah bahawa setiap musibah yang kau lalui akan sentiasa digantikan Allah dengan satu karunia yang terpaling indah. Yakinlah bahawa tidak akan ada satu pun yang terlepas daripada perhitungan Allah. Tak payah susah - susah nak balas dendam ke nak bagi pengajaran ke apa ke, tak perlu. Hiduplah dengan bahagia. Bernafaslah dengan penuh rasa syukur dan cinta.

Yang baru, tak akan pernah sama dengan yang lama. Tapi tak semestinya yang lama itu lebih baik dari yang baru. Aku tak layak untuk membanding antara dua bumi yang pernah aku jejak, tapi kau sendiri yang akan rasa bahagia itu kuat memijak di bumi yang mana. Syukur Ya Allah.

Terima kasih Ya Allah, atas pelajaran yang Kau berikan untuk aku selama dua tahun ini. Aku bersyukur kerana terpilih menjadi manusia yang menerima ujian begini. Sesungguhnya nama, harta dan pangkat di dunia ini tak akan membawa kita kemana - mana. Dan untuk manusia - manusia yang sekarang lagi rentan dan rapuh, yakinlah, bahawa redha dan masa itu ternyata ampuh menyembuh.

Bye kawan - kawan. Aku nak mkan keropok ikan. Tata!

It has been said that time heals all wounds. I don't agree. The wounds remain. Time - the mind, protecting its sanity - covers them with some scar tissue and the pain lessens, but it is never gone.
- Rose Kennedy (Sumber : Google)

Sembilan Bulan.

$
0
0
Assalamualaikum.

Dalam tempoh hiatus aku selama sembilan bulan ni, macam - macam dah jadi dalam hidup aku. Terlalu banyak benda yang berlaku sampaikan aku tak tahu nak start share yang mana satu. Yang best, yang musibat, drama airmata, yang kelakar funny bapak ah, yang menduga kesabaran, yang menggeramkan. Eh banyak la. Aku nak menulis, aku nak sangat share dalam blog kesayangan ni apa yang aku lalui selama sembilan bulan ni. Tapi entahlah, keinginan nak menulis tu tak sama macam dulu. Passion dia tu dah malap sikit. Ataupun, senang katanya, aku malas. Malas sesungguh - sungguhnya. Masa tu ada, tapi malas. Malas nak drafting, malas nak editing, malas malas dan malas. Unta padang pasir pun tak malas macam aku rasanya. Tapi itulah, terasa macam nak share semua. Nantilah, slow slow, aku share. Insyaallah.

Bila umur dah nak menginjak 35, semakin banyaklah yang aku belajar. Kadang - kadang, tergelincir jugak langkah bila syok sangat dengan dunia. Ingat Allah banyak - banyak. Perlahan - lahan patah balik, lalu balik jalan menuju cinta Tuhan tu. Hidup ni, terpesong macamana sekalipun, janganlah sampai tak takutkan Allah. Semakin banyak fikirkan mati. Hidup dekat dunia ni bukan destinasi abadi kita. Semua orang tahu, Mati tu pasti. Tapi itulah, terpelecok juga langkah ni. Bersihkan jiwa, bersihkan hati. Semoga sentiasa didakap cinta Illahi.

Tahun 2018 ni jugaklah tahun yang menyaksikan, apa yang aku pernah hilang, datang semula. Orang kata, kalau sudah jodoh memang tak kemana. Terbanglah mana tinggi, hilanglah jauh mana pergi, kalau sudah termaktub janji, ke sisi jualah akan kembali. Alhamdulillah. Bertahun - tahun menjera taqdir, akhirnya kembali jua, Yang ni pun nanti aku cerita. Perjalanan sebuah jiwa yang hilang, kembali ke pangkal jalan. Cerita ni cerita airmata, pada akulah. Aku yang jiwa kental ni pun mencebik - cebik bila diceritakan kisah ini pada aku. Nanti eh. Nanti aku kisahkan.

Tempoh sembilan bulan ni jugaklah yang menyaksikan macamana aku yang fobia tempat tinggi, gayat segala bagai ni akhirnya buat passport dan terbang ke Vietnam bersama Maklong. Bapak ah terasa nak tercabut nyawa naik flight weh! Tapi dek kerana nak jaga market, gua steady je bhai! Sembilan bulan ni jugaklah terkandungnya moment aku jejak kaki ke Ipoh. Bandar yang aku teramat sangat nak pergi. Dan akhirnya tercapai alhamdulillah ya Allah. Dan betapa banyaknya moment - moment aku mencuba beberapa perkara untuk pertama kali. Ah. Tak sabar pulak aku nak share semua. Semoga aku akan lebih rajin menulis. Doakan ye! Aku janji aku akan jadi lebih rajin menulis. Macam dulu - dulu. Masa zaman kegemilangan dulu. Aku harap, ada lagilah loyal readers aku yang sedia menanti post baru daripada cikpuanbunga.com Insyaallah.

Sebuah pose steady bajoi dari yours truly.
Dah babai. Nak makan keropok ikan.

Senja. Dan Satu Jiwa Yang Luka.

$
0
0
"Sakit tidak?"

Soalan pertama yang aku lemparkan. Engkau diam. Seolah sedang berkira - kira sesuatu sebelum menjawab. Dahi kau berkerut. Lama. Sambil tangan kau memusing-musingkan straw di gelas yang separuh kosong. Hiruk - pikuk manusia yang lalu - lalang sikitpun tidak kau hiraukan. Kau terus begitu untuk beberapa detik. Sebelum kau melepaskan satu keluhan berat.

"Sakit." jawab kau pendek.

Aku kira, itu jawapan yang kita sama - sama tahu. Aku juga tahu kau bakal akan menuturkan jawapan itu. Aku cuma mahu kepastian. Aku cuma mahu mendengar kau mengucapkan itu dengan mulut kau sendiri. Kerana mendengar sendiri berbanding cuma mengagak jawapan, ketara bedanya. Aku terus menanti kau menuturkan kata - kata yang selanjutnya. Petang yang mula merangkak senja, membiaskan warna merah jingga yang paling aku cintakan. Aku sangat sukakan senja. Matahari meminta diri untuk hilang seketika, tanda berakhirnya tempoh ia menyinar dunia. Satu perpisahan yang maha indah. Cantik. Hilang seketika sebelum kembali di hari esoknya. Senja seringkala memberikan aku satu rasa dejavu yang sukar untuk aku ungkapkan dengan kata - kata.  Pada aku, senja itu umpama satu rahsia alam. Tetap cantik, sebelum memberi kelam.

Aku pandang kau yang terus bungkam tanpa kata - kata. Aku tahu kau sedang dalam kesakitan. Kesakitan yang kau sentiasa cuba sembunyikan dengan polah ceria dan penuh keyakinan. Kesakitan yang tak pernah kau tunjukkan sisi duka kau kepada mata umum. Kesakitan yang hanya kau perlihatkan kepada orang - orang yang kau percaya. Mata kau kelam tanpa sinar. Celaka manalah yang telah membunuh kebahagiaan kau, kawan.

"Jangan sesekali memberi jiwa kepada orang yang bukan taqdir kita." ucap kau dalam senyum yang bersisa. Mata kau sedikit berkaca sewaktu kau menuturkan itu. Aku tahu remuk redam yang memecahkan hati kau. Aku tahu apa yang kau rasa, apa yang kau lalui. Aku tahu apa yang sedang kau nafikan, aku tahu apa yang sedang kau perjuangkan. Aku tahu sengsara kau melabuh cinta dan percaya kepada orang yang nyata bukan dicipta untuk melayar bahtera bahagia dengan kau. Aku cuma menanti kau menuturkan sendiri.

"Kau akan teruskan semua ni? Kau akan teruskan 'berjuang?'"pertanyaan aku tadi kau sambut dengan ketawa kecil yang amat menjengkelkan aku. Seolah pertanyaan aku tadi sesuatu yang bodoh dan tidak berakal. Kau masih tertawa sinis sambil mata kau tak lepas memandang aku.

"Berjuang? Perjuangan apa yang aku ada , Yatt. Dari langkah mula langkah pertama yang aku ambil sewaktu aku mencintai dia, aku sudah tewas tanpa perlu berbuat apa - apa. Dari detik pertama aku izinkan dia memasuki jiwa aku, aku sudah kalah sehabisnya. Aku cuba melawan taqdir aku. Aku tidakkan ketentuan Tuhan. Aku fikir aku kuat untuk bertarung dengan emosi dan keadaan. Tapi sebenarnya aku cuma menghiris jiwa sendiri. Aku membodohkan diri untuk merasa bahagia yang sementara. Aku fikir aku mampu merubah taqdir, tapi akhirnya aku sedar yang hebat manapun sekali cinta aku pada dia, kuat manapun sekali aku berjuang untuk dia, kalau perjuangan itu bukan perjuangan aku, aku kalah didetik pertama, Yatt. I am a fighter, but he is not my battle.

Aku telan kecaman manusia. Dikata aku cuba merampas bahagia kepunyaan orang lain. Bukan, bukan aku merampas bahagia. Rasa ini bukan aku yang minta, Yatt. Aku solat, aku berdoa pada Tuhan minta perasaan ini dijauhkan. Tapi semakin kuat aku minta dijauhkan, semakin ia datang. Salah siapa Yatt? Salah aku? Atau salah Tuhan? Mungkin salah Tuhan ? Kerana Dia yang memberikan aku rasa ini? Aku diberikan ujian ini? Untuk apa? Hikmah ? Mana hikmahnya? Aku digelumangkan dengan dosa? Lantas ketika aku meminta Tuhan untuk menjauhkan aku dari dia, kenapa yang dimekarkan adalah cinta? Kenapa ? Dan selayaknya aku ke neraka kerana Tuhan enggan mendengar aku disetiap doa? Jawab Yatt. Yang salah itu aku, atau Dia??"

Keadaan sunyi. Umpama segalanya kedap bunyi. Senja semakin merangkak kelam. Aku biarkan engkau melayan emosi kau sendiri. Aku tak mahu menghakimi apa yang aku tak lalui. Aku tak mahu menjadi kejam dengan tanggapan aku sendiri. Aku tak mahu membuat kerja Tuhan. Apa pun yang kau lalui, itu keputusan yang kau ambil sendiri. Aku cuma mampu menjadi pendengar biarpun untuk seratus tahun lagi. Dalam senja yang semakin memekat, aku lihat kau menyeka mata dengan dua tapak tangan. Semerta, hati aku direnggut sebak. Celakalah manusia yang menghancurkan hati kau, teman. Celakalah dia untuk seluruh hidupnya. Dalam senja yang semakin memekat itu juga aku lihat kau menyeluk poket, dan membawa keluar handset kau. Terus menuju ke aplikasi Instagram. Aku lihat kau sedang menatap gambar dua manusia tersenyum bahagia di atas pelamin putih. Berbusana songket ungu. Dengan segenap gembira yang terpancar diwajah mereka. Kau tatap gambar itu lama. Sebelum aku sadari bahu kau bergoncang dengan tangis yang esaknya semakin kuat. Kau suakan gambar itu kepada aku.

"Yatt tengok. Lelaki yang aku serahkan segala jiwa dan segala cinta, lelaki yang katanya sayang kepada aku melebihi nyawa, yang katanya sanggup berkorban jiwa raga untuk aku. Tengok Yatt, tengok. Hari ini dia menikah. Dia memilih untuk menikah. Dan membiarkan aku dengan taqdir hidup aku sendiri." kau menyunging senyum. Dengan airmata yang mengalir sederas hujan. Aku menelan air liur yang terasa berpasir ditekak. Aku tatap gambar itu lama - lama. Tak ada sepatah pun perkataan yang aku mampu tuturkan untuk menenangkan hati kau. Semua perkataan yang pernah wujud di dalam bahasa manusia takkan mampu menterjemah betapa luka dan hancurnya hati engkau. Tak ada. Tak akan ada.

"Ini jalan yang aku pilih, Yatt. Dan demi dia, demi cinta kami yang katanya pernah ada, aku akan teruskan hidup. Kerana hidup untuk dia tak semudah mati demi cinta."

Aku tak pernah merasa sesakit kau dalam hidup aku. Aku tak tahu apa rasanya menyintai orang yang memang taqdir akhirnya bukan untuk hidup bersama aku. Aku tak tahu macamana sakitnya ditinggalkan orang yang paling aku sayang. Aku tak pernah menjadi saksi mata lelaki yang aku sayang menikahi perempuan lain. Aku tak pernah. Aku tahu sakit. Tapi aku tak tahu sesakit apa. Aku tahu hancur lebur hati kau. Tapi tetap bukan aku yang merasainya.
Aku biarkan kau menangis semahu kau. Aku tau , usai kau tangisi semua ini, kau akan tetap menjadi kau yang dulu. Seorang yang membahagiakan orang lain. Yang akan sentiasa memberi sinar untuk orang lain. Kau tetap akan menjadi seperti polah yang Tuhan taqdirkan untuk kau. Sentiasa menyebarkan bahagia. Kau tak salah apapun. Kau cuma jatuh cinta. Dan jatuhnya cinta engkau itu kepada lelaki yang sudah berpunya. Lelaki yang sudah punya suri. Lantas apapun yang kau korbankan, kau persembahkan, tak akan mengubah hakikat yang engkau cuma pendatang. Singgah sekejap untuk menumpang. Bila - bila masa tiba waktu untuk kau cari jalan pulang.


Masih terngiang - ngiang ayat kau dalam kepala aku,

"Lantas ketika aku meminta Tuhan untuk menjauhkan aku dari dia, kenapa yang dimekarkan adalah cinta? Kenapa ? Dan selayaknya aku ke neraka kerana Tuhan enggan mendengar aku disetiap doa? Jawab Yatt. Yang salah itu aku, atau Dia??"

Tuhan, Kau punya jawapan?

Sawang.

$
0
0
Assalamualaikum. Lamanya aku biarkan blog ni bersawang. Lari kemana entah blog readers aku yang selama ni aku tatang macam minyak yang penuh. Ke masih ada segelintir yang masih menunggu - nunggu new post dari aku? Aku busy. Dan buat - buat busy. Most of the times pun aku cuma duduk tak buat apa - apa. Tapi sebab dah lama sangat tak menulis, I guess I have lost the spark to write something yang valuable dekat sini. Aku nak. Tapi tulah. Takde masa. Dan selalunya masa yang ada tu pun aku gunakan untuk benda yang entah apa - apa. Dan secara tiba - tiba, aku macam mendapat satu semangat baru bila dua minggu lepas, tiba - tiba, rakan sekerja aku menegur aku dalam satu suasana santai. Atas meja makan. Masa tu, tengah jamuan Hari Raya peringkat sekolah. Aku tengah busy melantak aiskrim Malaysia. Mungkin ketika itu sudah di batang yang keenam.

"Kau dah lama tak menulis eh Yatt."

Aku macam terkesima sekejap. Terberhenti sekejap aktiviti aku ketika itu. Aku try cari jawapan yang sesuai tapi macam takde pulak jawapan yang sesuai. Aku pun tak tahu, apa sebab sebenar aku berhenti menulis. Sebab kalau nak dikatakan aku busy, aku takdelah busy mana pun. Tapi sebab sekarang platform untuk menulis dah banyak, so aku macam lebih bebas untuk menulis di mana sahaja. Di caption Instagram, di Twitter (Aksara di twitter pun sekarang dah bertambah dah. Dah tak limited to 140 characters only. Wee!) and kalau aku nak merepek panjang sikit, aku merepek + meroyan dekat FB. Langsung aku abaikan blog ni. Jadi begitulah. Bila someone tegur yang kau dah lama tak menulis, aku rasa macam, wow. Maybe I should start something. Satu post baru untuk setiap minggu. Just to keep them updated. Ya. Maybe.

"Kau baca ke?" Aku tanya balik kawan aku tu.

"Baca laaa." Dia jawab. Bersahaja.

Then aku teringat balik kawan - kawan yang selalu suruh start aku menulis semula, students, and few yang DM asked me to write again. Aku terfikir jugak, mungkin ramai je yang tunggu aku menulis semula. Aku tak rasa penulisan aku tu penting, tapi who knows kan? Aku rasa aku dah patut menimbangkan semula semua ni. Menulis pun satu terapi. And I know that I'm good at it. Insyaallah. Banyak benda yang aku nak kongsi and aku rasa aku boleh share dengan korang semua. Apa yang jadi dalam hidup aku few years back. I need to rise again. Maybe ada yang rindu. Maybe ada yang perlukan panduan. After all, hidup ni kan lebih kepada satu perkongsian. Insyaallah.

So, okay. Korang tunggu eh.

Aku nak sapu sawang kejap.


p/s : And nak renew hosting. Dah few times diorang hantar reminder. Kehkeh.

Pendosa.

$
0
0

[Sumber : Google]



Kita ni pendosa. 

Setiap hari kita bernafas, kita tak pernah lari daripada membuat dosa. Kita membawang, bergossip, mengumpat orang, kita tak jujur dalam berkerja, kita tak jujur, tipu sunat, kita tipu mak bapak, kita tipu pasangan, kita lalai dalam beribadat. Pokoknya, kita tak jujur. Malah, kita sendiri tak pernah nak jujur dengan Tuhan kita. Kita tahu yang Tuhan lihat semua, tahu semua. Tapi kita tetap mengambil risiko dan peluang untuk menipu Tuhan. Kita nampak baik, sebab Tuhan tutup aib kita. Orang lain tak nampak apa yang Tuhan nampak. Orang lain tak tahu apa yang Tuhan tahu. Dan atas lesen itu, kita jadi angkuh dan bongkak dengan orang lain. Yang lagi parah, kita angkuh dan bongkak dengan Tuhan. Kita rasa kita hebat. Kita rasa kita kebal. Semuanya sebab, Tuhan masih jaga kita. Walaupun kita pendosa.

Kita rasa orang jahat dekat kita. Kita rasa diri kita maksum takde dosa. Tapi kita langsung tak pernah nak muhasabah diri kita sendiri. Pernah tak kita jahat dekat orang? Pernah tak kita salah sangka pada orang? Pernah tak kita memfitnah orang? Pernah tak kita hancurkan kepercayaan orang pada kita? Kadang-kadang kita ni ego. Salah sendiri taknak mengaku. Kita rasa orang sangat zalim dekat kita. Padahal, kita lupa segala dosa dan khilaf kita pada orang. Sebab tu, bila something bad jadi dekat aku, aku fikir masak-masak. Ada tak aku buat benda yang sama pada orang? Bila orang sakitkan hati aku, agaknya dulu aku pernah buat benda yang sama pada orang.


Kita ni manusia. Hidup kita ni tak pernah sempurna. Mungkin Tuhan nak ajar kita sesuatu. Mungkin Tuhan nak kita rasa kezaliman kita pada orang. Sebab tu orang tua – tua cakap, hidup kita ni macam roda. Sekejap kita dekat atas, sekejap kita dekat bawah. Kadang – kadang kita pancit. So kita berhenti sekejap. Betulkan mana yang rosak, dan teruskan berjalan semula. Tuhan takkan beri sesuatu pada kita, melainkan untuk kita mengupas hikmahnya. Contoh yang aku boleh kasi, kita rasa palat sebab orang asyik cari salah kita. Cari silap kita. Kenapa benda tu jadi macam tu? Yang kita kena ingat, takde benda yang jadi dekat kita saja – saja. Agaknya kita dulu macam tu. Selalu cari silap orang. Selalu dengki dengan orang. Kita pernah jahat dekat orang. Takkanlah perangai kita macam tahi, kita nak expect orang layan kita macam wali? Katalah orang dengki dengan hidup kita, dengan pasangan kita, orang porak perandakan hidup kita. Agaknya dulu kita pun begitu dengan orang? Porak perandakan hubungan orang. Kita tak sedar kan? Sebab kita ni, manusia yang kelakar. Kita koyak rabak kalau orang buat jahat dekat kita, kita lupa. Kita lupa yang perangai kita ni taklah semenggah mana.


Hidup kita ni tak lama. Entah esok, entah lusa, Tuhan jemput kita balik ke pangku Dia. Untuk apa ego? Untuk apa merasakan diri tu hebat? Aku selalu ulang – ulang benda ni dalam kepala. Mati tu bila – bila. Tak guna nak sombong. Tak guna nak rasa diri tu gempak sangat. Padahal hakikatnya ilmu yang kita ada ni hanya setitik dari seluruh ilmu dan pengetahuan yang Tuhan ada. Malunya. Dahlah hidup ni sebagai hamba. Nak kerek pulak dengan Tuhan kita. Hari – hari solat, tapi solat kita masih belum mampu menyuci jiwa kita. Rasa diri kita lebih hebat dan lebih superior dari makhluk yang lain. Sedangkan Tuhan kata, antara kita ni, takde seorang pun yang berlainan dan lebih berharga dimata Dia, melainkan hamba – hamba Dia yang beriman dan penuh taqwa. Kita nak sombong apa lagi? Bila ditimpa bala, kita tak pernah nak beristighfar dan mengaku khilaf diri. Balik – balik nak salahkan orang. Macam yang aku cakap tadi, manusia ni tak sudah – sudah nak buat funny. Bila terkena dekat batang hidung sendiri, kita cakap diri kita ni manusia, tak sempurna. Tapi bila kena dekat orang lain, wah bukan main hebat kita caci maki.

Dan taraf pendosa ini, kita hanya mampu bersujud dan harapkan pengampunan Tuhannya. Taqdir hidup yang diserah bulat – bulat untuk Tuhan. Tak ada yang lain. Tak perlu nak puaskan hati manusia lain. Tak perlu nak diiktiraf sana sini, kalau dengan Tuhan pun kita lalai dan leka lagi. Tapi itulah manusia. Kita tak pernah sedar salah sendiri. Bagi kita, kita ni sempurna. Langsung takde dosa. Orang jelah yang jahat kat kita. Jahat kita pada orang, nak letak mana? Nauzubillah. Jauhkanlah aku Ya Tuhan dari sifat riak dan membangga – bangga. Dan kenapa kalau sudah tahu berdosa, masih tak mahu minta ampun dari Tuhan? Dosa kita, hanya Tuhan yang layak mengampunkan, selagi mana dosa tu tak melibatkan manusia yang lain. Dosa sesama manusia, hanya manusia itu yang layak memafkan. Tahu kan? Jadi, kenapa masih terus – terusan menambah dosa sedia ada dengan sesama manusia? Kita fikir kita hebat? Kita fikir kita siapa? Dewa? Setaraf dengan Tuhan?


Aku tak kata aku baik. Aku banyak dosa. Menggunung. Dan Tuhan kata, kalau kau berdosa, mintalah ampun dengan Aku. Biarpun dosa kita menggunung, nescaya Dia ampunkan. Kita je yang eksen. Dan aku tahu, biarpun besar mana dosa aku, aku ada Tuhan. Yang Maha menerima taubat. Tuhan ada 99 nama yang boleh kita sebut setiap masa. Dan Tuhan tak pernah pun cakap pendosa, tak boleh langsung menyebut nama – nama dia yang Esa. Aku pendosa yang berTuhan. Bolak baliknya iman aku, aku serahkan kepada Tuhan. Bukan ditangan hamba, ditangan insan. Aku belajar untuk tidak peduli dengan orang yang membenci. Sebab Tuhan itu adil. Dalam setiap satu jiwa yang sibuk cari salah dan caci maki aku, ada satu jiwa yang secara rahsianya menadah tangan dan berdoa sepenuh ikhlas memohon segenap kemaslahatan untuk aku. Aku tetap pegang percaya yang itu. Tuhan tak pernah zalim pada kita. Tuhan sayang kita. Kita je yang sibuk binasakan diri sendiri. Kalau orang benci kita, cakap macam – macam dekat kita, kita berlapang dada dan maafkan mereka. Mungkin mereka jahil, mungkin mereka lupa. Doa sajalah yang baik – baik. Hati mereka penuh dengan syak dan rasa yang tidak bahagia. Kita doakan mereka saja ya? They need that.

Kita ni jadi manusia pun tak layak lagi, sibuk – sibuk nak buat kerja Tuhan. Kan?

Pulang.

$
0
0
Terkadang, kita memerlukan satu perjalanan untuk 'kembali'. Terkadang, kita memerlukan satu keberangkatan, untuk'pulang'. Dan setiap orang, pada aku, harus punya satu destinasi yang sentiasa dipanggil'rumah'. Dan benarlah, tak semua yang dipanggil rumah itu merujuk kepada tempat. Adakalanya, 'rumah' itu, cuma sepasang tangan yang mendakap erat, cuma satu jantung yang berdegup hebat, cuma sepasang kaki yang berdiri dengan kuat. Dan tak semua orang cukup hebat untuk memulakan satu perjalanan pulang, satu perjalanan kembali.

 Yang aku tahu, aku perlu pergi. Untuk kembali.

2019, bukanlah satu tahun yang mudah untuk aku. Perjalanannya umpama roller-coaster. Dan umum sedia tahu, bahawa aku yang serba takut dengan  ketinggian ini, bukanlah seorang penggemar roller-coaster. Ada tempat yang aku terlalu tinggi, ada tempat yang aku terlalu rendah merafak bumi. Banyak sudah yang aku rasa untuk tahun ini. Pelajarannya banyak. Ceritanya juga bukan sedikit. Entah dimana kalau aku hendak kongsikan. Entah bagaimana kalau aku hendak mulakan. Dan segala kisah yang pelbagai itulah yang mencorak jiwa dan asaku sekarang. Semakin kental,mungkin. Semakin kenal manusia. Dengan iman yang turun naik, aku bertatih mengenal Tuhan. Aku berdikit-dikit membaca satu demi satu ayat-ayat Tuhan yang Dia tuliskan dalam surat cinta Nya. Aku sahaja yang selama ini alpa dan ego enggan membaca. Walau sering tergelincir, merangkak sekalipun, akan aku tetap randuk jalannya Tuhan.

Aku semakin kenal bahagia. Aku semakin tahu yang bahagia itu bukan datang dengan saja-saja. Aku semakin tahu yang bahagia itu harus dicari dan dicipta. Bukan hanya menunggu datang tiba. Takkan ada bahagia datang secara percuma. Dan bahagia itu juga satu karunia dari Dia. Entah sekecil-kecilnya, atau sebesar-besarnya. Tapi setiap manusia Tuhan sudah janjikan pasti akan bahagia. Jangan pernah kenal yang namanya putus asa. Sedangkan para alim ulamak juga diuji dengan sejerih- jerih ujian. Apatah lagi kita hamba yang hina dan penuh dosa ini. Ujian Tuhan juga datang dengan hikmah. Hikmah juga satu cabang bahagia. Subhanallah. Tuhan itu terlalu baik. Untuk hamba-hambaNya yang penuh dengan kisah jelik. Terima kasih, Tuhan. Sesungguhnya aku tidak layak.

Aku semakin kenal kecewa. Aku semakin kenal yang kecewa itu hanya dicipta untuk mematah belahkan jiwa manusia. Dan kalau kita tidak segera bangkit, rasa kecewa itu nantinya akan membunuh kita sedikit sedikit. Kecewa itu datangnya dari tingkat harapan yang ditinggikan. Atas yang namanya manusia. Sedangkan manusia itu jauh dari sifat sempurna. Dan manusia itu kepandaian hakikinya adalah untuk memberi kecewa. Jadi berpesanlah, jangan pernah diberi harap pada manusia. Wajib nanti dibalas dengan rasa kecewa. Berdiri atas dua kakimu sendiri. Berharap pada dirimu dan Tuhanmu yang abadi lagi hakiki. Tuhan takkan pernah kecewakan kita.

Sepanjang berpergian, aku kutip segala hamburan kekuatan yang bisa aku temukan. Untuk setiap moment yang nantinya bakal aku tayang ulang ketika otak rehat dan lapang, buat aku tersenyum menghiburkan hati yang walang. Bukan mudah untuk kembalikan hati dan jiwa yang meretak di patah dunia. Bukan kerja senang untuk kembali menghibur hati yang pahit dicarik dunia yang kejam. Bukan seremeh memutus benang yang lebih dijahitan baju. Bukan semudah itu. Tapi iya, aku terus mencuba. Kerana lama sudah aku bergentayangan mencari jiwa yang entah kemana - mana. Aku harus kembali menjadi aku. Aku harus utuh dan terus menjadi satu. Aku harus segera balik ke pangkuan asal nadiku.

Jauh dari tempat asal bumi aku berdiri. Ke Darul Ridzuan aku mencari diri. Ke bandar yang satu masa dahulu pernah aku jejak bersama jiwa-jiwa yang aku sayang yang aku cinta. Tapi kenangan itu hanya tinggal bekas-bekas yang menyesak dada. Dan aku kembali dengan cinta yang sama tetapi jiwa-jiwa yang berbeza. Jangan ditanya kenapa aku kesitu. Aku tak pernah ada jawapan dan aku tak pernah tahu. Yang aku tahu, separuh jiwaku tertinggal disitu. Aku kembali demi sebuah puisi Allahyarham Yasmin Ahmad yang menghantui aku selama beberapa ratus hari. Aku kembali demi sebuah puisi miliknya yang membawa sejuta satu erti. Aku kembali demi bait-bait dan tinggalan kekuatan beliau yang jasadnya sudah dimamah bumi. Dan sejurus aku membaca puisi itu dalam hati, aku tahu -
jiwaku yang kosong kembali terisi. Rawanku yang gentayangan, kini kembali.

Bandar Agacia // Ipoh, Perak.

Forgive me
I'm only trying to find my way home.
I don't know how
and I don't know where,
my heart has a map of its own.

Forgive me,
for I say the silliest things sometimes.
It is the only language my tongue knows.
It says "Good Morning" and "Good Night",
when what it means is
"Please show me the way home."

Forgive my stupid face.
It frowns when it doesn't know.
smiles when it thinks it does,
and cries when it has lost its way.

Forgive my sightless hand,
for it thinks by gathering money,
it can buy the big ticket home.

Forgive my simple heart,
for it believes that by falling in love with you,
you might show us both our way home.
But you don't even know your own way, do you,
let alone know mine.
Perhaps we will find our way together,
perhaps in the end we won't,
but if we listen closely to God's clues together,
who knows,
perhaps four ears are better than two,
and two hearts,better than one.

The Way Home // Yasmin Ahmad
(Ipoh,2019)

Selamat pulang, Bunga. Selamat pulang.

Matang

$
0
0
Assalamualaikum. 

Sekarang ni musim hujan. Tapi time musim hujan macam ginilah aku jadi rajin nak basuh semua benda. Basuh sneakers lah, basuh langsir lah, basuh sarung kusyen lah, basuh baju entah hape hapelah. Lepas itu bila jemur tak kering, aku jadi bitter. Bila aku bitter, aku makan banyak. Bila makan banyak, aku jadi gemuk. Bila gemuk, aku bitter lagi. Dan begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampos.

Aku suka membasuh. Especially sneakers. Kalau aku serabut, aku basuh semua sneakers yang aku ada. Kotor ke tak kotor ke, aku basuh je semua. Tak ada perkaitan. Tapi entah, bila aku basuh dan jemur, aku tengok sneakers tu tersusun cantik macam tu, aku rasa senang hati. Tenang je. Rasa aman damai. Rasa macam hilang semua masalah dekat muka bumi ni. Sampai bilalah aku nak manjang pakai sneakers ni. Umur tua dah. Tapi masih sarung sneakers kemana - mana. Bilalah nak belajar pakai selipar Jepun. Barulah sesuai dengan umur.

Oh ya. Hari itu aku kena bebelan. Orang tu kata aku sepatutnya sudah berperangai seperti wanita berusia 36 tahun yang matang dan kedewasaan. I am no kid anymore. Aku jadi bingung sekejap. Macamana gaya wanita umur 36 tahun berperangai? Kena serious sepanjang masa? Bercakap hal - hal penting sahaja? Tak boleh lompat - lompat lagi dah? Group whatsapp hanya berkisarkan resepi apa nak masak hari ini? Okay sumpah aku tak tahu. Boleh tolong ajarkan? Katanya, aku terlalu kebudak - budakkan. Aku selalu melepak dengan anak - anak muda. Sepatutnya aku melepak dengan geng makcik rewang kampung. Pakaian aku juga diulas secara total. Kena lebihkan blouse, bukan tshirt sendat anak - anak dasawarsa. Kasut juga. Sneakers tu dah boleh letak tepi. Pakailah sandal yang sesuai usia. Dan banyak lagi yang tak kena. Itu ini. 

Benda ini bukan benda baru. Aku selalu ditegur sebab katanya, penampilan dan akhlak aku tak selari dengan usia. Sepatutnya aku begini begini dan bukan begitu begitu. Kadang-kala aku rimas, tapi most of the time aku angguk iyakan saja. Doakanlah aku berubah dan jadi matang macam yang orang nak. Walaupun kadang-kadang aku seronok juga bila orang salah teka umur aku. Terasa bangga sekejap. Tapi sekejap sajalah.

Aku rasa masyarakat kena chill sikit. Aku tengah menikmati hidup ni sebenarnya. Hidup ni sekali je. Kalau rasa nak buat anything, buatlah sekarang. Jangan nanti dah tua baru nak bitter itu ini sebab tak capai apa - apa dalam hidup. Rugi bukan? Explore dunia. Jangan habiskan hidup dengan dengki sesama kita, cemburukan hidup orang, 24 jam asyik diisi dengan membawang memanjang. Macamana nak maju? Orang lain dah capai banyak dalam hidup, kita balik - balik duduk dekat takuk lama. Hidup tak membangun, kerjaya pun takat tu saja. Orang lain dah tinggi capai bintang. Kita masih dibawah asyik rindukan bulan. Bangkitlah, bangkit!

Tasik Cermin, Ipoh
Oh dan aku kena belajar macamana wanita 36 tahun menjalani hidup sebenarnya. Barulah masyarakat boleh duduk dengan tenang. Bukan butthurt dua puluh empat jam. Iya kan?

Dah. Babai!

Raikan Luka.

$
0
0

Aku selalu kagum dengan manusia yang mampu meraikan kedukaan menjadi suatu yang sangat indah. Mungkin mereka cuma manusia – manusia biasa yang kita tidak kenal secara akrabnya tetapi kerana mereka itu mampu menyalurkan segenap kesedihan menjadi suatu kelukaan yang sangat cantik, aku jadi terpesona dan kagum. Sesorang pernah memberitahu aku, manusia itu sangat hebat menulis bila dia dalam keadaan sangat menderita. Atas dasar kelukaan apapun. Nanti tulisannya akan jadi indah walaupun berduka. Ataupun sebenarnya, manusia yang pernah luka sahaja akan mampu memahami luka? Apapun, aku tetap kagum. Perkataan itu disusun dan dikarang, diletak sebelah menyebelah dan disusun cantik – cantik, untuk membentuk satu emosi yang sangat terasa di jiwa. Dan rasa luka itu dikongsi dengan manusia yang lainnya, dijamah sama umpama makanan jiwa yang menjadikan kita lebih dekat dengan yang namanya wajah sebenar kehidupan. Kudos, aku ucapkan.

“Luka itu biasanya dilakukan oleh seseorang yang istimewa.” 
 
Ringkas sahaja ayatnya. Tegak dan tepat mengena terus ke tangkai hati. Memang pun kalau kita fikirkan, kita akan barai lebih kalau yang menabrakkan hati kita adalah seseorang yang sangat dekat dengan jiwa, bukan? Dan sudah tentu akan meninggalkan bekas, meninggalkan parut yang sangat dahsyat. Tak perlu kita rebut memikir cara merawat luka. Biarkan saja. Masa pasti menyembuh. Bukankah masa itu penyembuh yang maha dahsyat. Dan sampai menantikan masa sembuh itu tiba, ayuhlah raikan luka. Selebritikan duka. Karanglah segala sedih segala pedih menjadi satu mahakarya magis. Biar berbentuk apapun, penulisan, lukisan, ataupun satu saluran semangat bersifat luarbiasa yang menjadi pemacu keberuntungan kita dimasa hadapan. Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu itu untuk sia-sia. Pasti ada natijah dan hikmahnya.

Bila hati kita ini entah galau entah walang, janganlah ego mahu dekati Tuhan. Tuhan itu Maha Tahu segala sakit yang kita lalu. Tak pernah sekalipun sakit yang kita hadapi ini hanya kerana Tuhan mahu kita menderita, mahu kita sakit, mahu kita terkhianati. Bukan? Tuhan tak zalim. Tuhan mahu kita belajar dari hidup kita yang entah apa - apa. Tuhan mahu kita bangkit. Dan dengan pengurniaan rasa segala pedih dan sakit itu, darjat kita hendak ditinggikan. Dengan syarat kita mesti terus redha dan sabar. Jatuhlah, lumpuhlah selemah apapun, habis sudah itu semua kita bangun ya? Tuhan tak akan pernah tinggalkan kita.

 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖأُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖفَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)


For the mean time, teruskan kuat dan teruskan sabar ya?


Kawalan Pergerakan. Semua Masih Sihat Dan Siuman Ya?

$
0
0
Assalamualaikum. Hi everything!

Masih dalam mode Restricted Movement Order (RMO) Tapi sudah di fasa yang kedua, di hari yang kedua. Untuk yang tak tahu, Malaysia, eh dunia, sekarang dalam fasa berkuarantin dan mengehadkan pergerakan. Kerana Virus Corona musibat celaka sedang mengamuk besar-besaran dan menular tidak keruan. Jadinya umat manusia diminta kekal tenang dan duduk saja diam-diam di dalam rumah. RMO penting untuk mengurangkan penularan. To flatten the curve. To ease down the pandamic a bit.  Tapi biasalah namapun manusia. Manusia dan bebal berpisah tiada. Mentang-mentang menjadi tolol itu gratis lagi percuma, diborong habis tololnya semua. Masih ada lagi badigol-badigol degil yang keluar sini sana, seolah-olah RMO ini hanya satu persembahan Maharajalawak Mega. Mungkin mereka hidup sudah lama, tak sabar nak menghala ke barzakh, menanti-nanti Malaikat Maut datang, mahu dijemput pulang. Entahlah. Ikutkan hati, nak je aku sebat sorang-sorang pakai getah paip.

Berbelas hari terkurung dalam rumah tanpa melihat dunia luar bukanlah sesuatu yang ideal untuk extrovert macam aku. Mati kutu. Bukan setakat kutu, hama, anak hama, cucu segala telur cicit kutu pun ikut mati sekali. Menghadap phone dan TV 24 jam sehari, elok-elok mata aku sihat, boleh jadi rabun ya. Bosan nauzubillah tak terkata. Hari pertama dan hari kedua, ketiga dan seterusnya bolehlah aku melalui dengan riang gembira, kemas rumah, kemas kain baju, lipat itu lipat ini dengan riang hati. Masuk hari ke sepuluh kesebelas, dah tak ada apa lagi yang aku nak buat. Masuk hari ketiga belas, aku kena renjatan elektrik sebab bersihkan segala wayar yang ada dekat rumah dengan kain lembab. Bijak kan? Sebab tu aku ajar Bahasa Inggeris. Tak perlu guna otak sangat agaknya. Masuk hari ke lima belas dan seterusnya aku dah tak ada idea nak buat apa. Maka rutin harian aku pun menjadi rigid dan terbiasa. Makan-tidur-Netflix dan segala rutin harian in between. Solat, mandi, berak. Masa tidur pun dah tonggang terbalik. Tidur pukul 3 pagi, bangun entah pukul berapa main suka hati. Ini bukan sesuatu yang sihat okay. Sikit hari lagi aku lupa tarikh lupa hari lupa segala benda yang berlaku. Choy!

Dan ketika waktu-waktu beginilah sebenarnya kita baru nak mula belajar menghargai sekecil-kecil nikmat yang Allah beri pada kita sebelum ini. Nikmat ke sana ke mari dengan bebas tanpa perlu disoal siasat polis macam kita ni penjenayah. Tu baru polis, bayangkan kalau brader askar yang tanya, mahu menggelupur aku berbuih mulut dekat tengah jalan. Time inilah kita rindukan nikmat berkerja. Berapa ramai rakyat Malaysia yang menggelupur bila terpaksa berkerja dari rumah. Tak kurang jugak manusia yang selama ini pemalasnya nauzubillah bila di suruh kerja, tapi time-time RMO macam ni tiba-tiba pulak jadi rajin nak kerjalah nak berkhidmat untuk negaralah apalah. Time macam nilah kita rindukan kunjungan antara rakan dan taulan, nak berpelukan nak bersalaman nak bertandang ke rumah jiran bertanya khabar itu ini, nak jumpa sanak saudara. Sedangkan sebelum ini kita jugalah yang beriya-iya bitter bila balik kampung jumpa keluarga. Bengang bila ditanya bila nak kahwin, bila nak dapat anak, bila nak itu bila nak ini. Bila dah jadi macam ni, eh kita tiba-tiba rindu. Anak-anak yang selama ini haram nak balik kampung jengah mak bapak, time - time beginilah rindu mak abah rindu ayam itik tenggiling dekat kampung sedangkan sebelum ni kita langsung tak pernah ambik kisah. Kan? Betapa kita ini sebenarnya manusia yang selalu ambil enteng ambil mudah untuk segala hal dalam hidup kita. Sebab kita rasa kita masih punya masa.

Sepanjang RMO ini jugalah mula terkias dan terzahir perangai-perangai sebenar manusia, mana yang selfish, mana yang bebal, mana yang sebelum ini kita pandang mereka buta tetapi sebenarnya merekalah manusia yang paling berakal, kita mula belajar erti kemanusiaan, kita mula belajar menghormati walaupun ada manusia yang buta hati. Kita mula melihat manusia lainnya dengan mata jiwa. Kita baru kenal erti sebenar kehidupan. Benarlah. Kita lebih menghargai kehidupan bila kita sebegitu hampir dengan yang namanya kematian. Paranoid. Takut mati. Amal tak cukup. Iman masih terumbang-ambing. Mana yang sedar cepat, maka mereka kembali ke jalan Abadi. Jalannya Tuhan. Mana yang matanya terus-terus buta masih kekal begitu. Masih jadi penunggang tegar agama. Nauzubillah. Ya Allah, semoga kita semua dikurniakan Tuhan mati yang husnul khotimah. Mati dalam keadaan baik dan terpelihara. Amin.

Kalau awal-awal RMO dulu, akulah antara manusia yang terpaling paranoid. Tak boleh terima keadaan dan asyik salah menyalahkan. Tapi lama - kelamaan, bila kita paksikan hati kita hanya satu kepada Tuhan. Kita mula untuk mentaddabur satu satu kalam Tuhan yang kita baca disetiap solat. Bersangka baik dengan Allah. Jangan pernah kita persoalkan rangka perancangan Tuhan untuk kita. Jangan pernah tanya ah kenapa ah mengapa. Tapi tunjukkan bagaimana cara kita menghadapi ujian ini semua dengan panduan yang Tuhan dah berikan dan dah sediakan. Panduan dari hadith dan Al-Quran. Ujian itu jangan dilihat sebagai bala. Ujian itu tanda Tuhan kasihkan kita, cintakan kita ini hambaNya yang penuh dosa, melebihi apapun. Bukankah Tuhan dah janji yang disetiap dugaan itu dihadirkan sekali yang namanya kebahagiaan, barokah warohmah? Tak ada yang namanya bahagia selepas derita. Tetapi derita BERSAMA bahagia. Yakinlah. Yakin. Tawakallah kepada Dia dengan segala iman yang ada. Tawakal ditingkat yang tertinggi. Usaha. Jangan hanya duduk tunggu mati. Usaha. Berdoa. Dan tawakallah agar ujian yang satu ini cepat berakhir dan diangkat Tuhan naik kelangit, hilang sezulmat-zulmatnya. Tenanglah. Kan Tuhan dah kata. Seseungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang. Dan kalau kau rasa kau dah ingat Tuhan tapi jiwa kau tak tenang, tu ada lah tu slack dia dekat mana-mana. Muhasabah satu - satu.

Alhamdulillah. RMO bukak mata aku untuk memandang kehidupan dari satu perspektif yang berbeza. Kita menjadi manusia yang lebih bersyukur apa adanya. Kita jadi manusia yang lebih menghargai kebebasan. Kita jadi manusia yang lebih menghargai nikmat Tuhan. Kita jadi manusia yang bukan hanya berakalkan duit sepanjang masa. Dan kita jadi manusia yang sama-sama sadar, bahawa hidup itu ternyata dekat sekali dengan kematian. Apa yang sedang kita alami sekarang tak lain tak bukan semuanya menjadi rahsia Tuhan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Tak usah kita persoalkan. Tapi persiapkanlah diri untuk menghadapi seribu satu kemungkinan. Amat rugilah manusia yang sudah acapkali diuji Tuhan tapi tak mampu menjadikan diri sendiri manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.

As much as I wanted this to be over, I have to admit that somehow I feel thankful for everything that we are facing right now. Aku selalu berdoa kepada Allah untuk dianugerahkan sifat yang cekal dan penuh tekad, berdoa agar dikurniakan ketabahan dan keyakinan serta sifat tawakal yang tinggi, aku berdoa agar hidup aku diberikan kurniaan kemewahan yang melimpah ruah. Dan Tuhan menjawab setiap doa-doa aku melalui cara begini. Dari sinilah aku belajar tabah dan yakin, aku belajar cekal dan penuh tekad, aku belajar menjadi manusia yang kebergantungannya hanya pada Allah dan Allah semata-mata. Dan insyaallah bersama ini semua, ada bahagia yang bakal aku kutip satu demi satu hingga ke akhirnya. Terima kasih Tuhan.

Tenanglah kawan-kawan. Kuatlah kita untuk saling mengingatkan dan mendoakan. Kita jaga kita. Walaupun ada masanya aku kurang bersetuju. Tak ada siapa nak jaga kita, melainkan diri KITA sendiri. Ya bukan? Tenanglah. Jangan serabut-serabut tak ketahuan hala. Ketawalah dan nikmati juga bahagia walau sekecil mana ruangnya. Sentiasalah melatih diri merasa cukup. Jangan bayangkan orang kaya-kaya yang tidurnya berbantalkan awan. Pandang-pandanglah orang apa adanya yang hidup sehari demi sehari hanya sekadar meneruskan kelangsungan nadi. Carilah punca kita merasa syukur dan penuh rasa kecukupan diri. Biar susah macamanapun kita, jangan sampai kita gadaikan rasa dan jiwa kita sebagai manusia.

Duduk saja dalam rumah. Tolonglah jangan macam itik pulang petang jalan terkedek-kedek beratur panjang-panjang, tergelek-gelek kesana kemari. Duduk rumah dan manfaatkan masa seadanya. Jangan degil macam kutu babi. Sudahlah menumpang dikepala, darah orang habis disedutnya. Duduk dekat kepala pun takde otak. Eh kejap. Kutu ada otak tak? Tak kisahlah. Yang penting kita ada otak, kan? Dan kita bukan kutu babi kan? So, stay at home. Jangan merayap. Aku doakan sembelit karang.

Stay safe. Stay alive. Kalau bosan sangat, pergi kemas rumah sendiri. Lap tingkap ke, kira tiles ke, gosok lumut ke. Apa-apa sajalah. Asalkan berfaedah dan tak menyusahkan manusia lain.

Okay. Babai!

Mungkin Aku Rindu.

$
0
0
Benda ni tak selalu terjadi. Biasanya terjadi bila aku lepas habis kerja seharian di sekolah. A very long and tiring day, dan aku dalam kereta, memandu pulang sendirian ke rumah. Dan ketika itulah kenangan itu satu demi satu datang dan menayang ulang semua manis-manis yang pernah kami lalui sama - sama. Kenangan itu sebetulnya jahat dan kejam. Sebab dia tak ada belas kasihan. Sama ada kau ready ataupun tidak, kau mahu ataupun tidak, ia akan tetap ada dalam kotak fikiran kau. Satu. Demi satu. Dan kau, akan jadi rindu.

Orang selalu akan kaitkan patah hati dengan kisah tragis percintaan, kan? Tak semestinya, tahu? Patah hati, it could be anything. Dan untuk aku, patah hati yang ini kesannya terlalu dalam. Buat aku duduk sendiri dan timbang tara kemana hala tujunya ukhuwah yang satu masa dulu diikat janjikan syurga katanya. "Sampai syurga,ya?" Itulah ayat ajaib yang selalu aku tulis dalam nota - nota ringkas yang aku beri. Orang kata hubungan yang usianya melebihi 7 tahun, biasanya akan kekal selamanya. Well, I doubt that. Apa-apa sahaja boleh terjadi.

Perasaannya sakit dan sangat menyeksakan. Kalau kau sendirian tanpa bantuan, kau mungkin akan berakhir dengan 1001 kegagalan. Kau bukan robot tak ada hati dan perasaan. Untuk beberapa bulan pertama, aku cuba untuk tak bercakap hal ini dengan sesiapa. Aku diamkan. Dan kalau orang bertanya, aku lebih suka untuk angkat bahu dan teruskan dengan topik perbualan yang lain. Mana mungkin gandingan yang mustahil bertelingkah akhirnya putus tanpa salam perpisahan? Tapi itulah hakikat kebenaran yang aku terpaksa hadam dan telan. Mungkin ini yang terbaik. Mungkin ini yang sebenarnya diperlukan.

Aku tak pasti apa sebabnya. Mungkin aku punca. Mungkin aku awal khilafnya. Aku tak pernah cuba mencari jawab. Sampai satu masa, kita hanya biarkan cakap-cakap manusia menjadi jawapan untuk semua tanda tanya. Kalau dulu aku penuh dengan amarah, ego dan pasak rasa kecewa yang sangat dalam kukuhnya dan menjulang tinggi dendamnya. Tapi, semakin dilayu masa, aku semakin faham dan semakin kenal erti, mungkin ini jalan penyudah. Mungkin ternyata inilah pengakhiran yang dicari-cari dan dinanti-nanti selama ini. Dan ketika itu aku menjadi sangat redha. Aku doakan dia bahagia.

Dan iya. Aku rindu.
Mana mungkin manusia yang dulunya tak pernah tiris memegang segala aib rahsia aku, aku bisa lupakan semudah itu? Yang berkongsi ketawa. Yang berkongsi cerita. Yang berkongsi suka duka. Alam jadi saksi yang mata ini pernah menangis sama-sama. Rentannya hati saat kami dipisahkan atas urusan pekerjaan. Yang menjadi bahu tempat aku berkongsi sihat dan sakit, sewaktu aku didiagnos dengan penyakit yang pernah satu masa dulu menjadi punca kemurungan aku, sidekick untuk semua kerja-kerja merepek aku, yang kalau sudah bercerita sampai ke tengah malam pun belum habis kisahnya. Seseorang yang sangat kenal dan sangat tahu seorang aku itu polahnya bagaimana. Seseorang yang namanya tak lekang meniti dalam doa supaya kekal hingga kiamat gembira dan bahagia. Yang tak akan pernah aku benci atau cuba untuk membenci.  Semua cerita yang bermula dituntut untuk punyai pengakhirannya. Dan mungkin cerita kami akhirnya disini.

Walaupun sekarang dia hanya seorang sosok asing yang menjauh, aku lebih suka menggambarkan dia sebagai seorang manusia yang sudah menemukan jalan hidupnya sendiri. Langkah yang kami ambil walaupun sudah tidak sederap kaki, bahu sudah tidak berselisih lagi, tetap sahaja aku doakan dia kekal bahagia dan akhirnya menemukan jalan pulang yang sejati. Dan untuk segala kenangan manis-manis dan yang indah-indah kita pernah lalui sama-sama, aku akan tetap sematkan ia kemas-kemas dalam hati. Menyakitkan. Tapi setiap detik yang berlalu menjadikan aku manusia yang lebih kuat dan bersyukur. Dia akan tetap aku ingati sebagai seorang manusia yang dulunya tidak putus-putus membawa larik bahagia. Dan untuk itu Tuhan, limpahkanlah dia dengan segala kasih dan rahmat Mu yang penuh keberkatan. Sampai ke akhir zaman.

Apapun gelaran yang pernah diberikan untuk aku, aku tak akan pernah pertikai atau justifikasikan. Jika begitu, begitulah. Terima kasih kerana pernah hadir dan membahagiakan. Terima kasih kerana pernah menjadi pendamping kiri dan kanan. Terima kasih pernah menjadi pendengar yang sentiasa memikul separuh beban. Terima kasih kerana pernah memberi sebanyak-banyaknya tanpa mengharapkan balasan. Terima kasih kerana pernah memilih untuk mempertahan. Terima kasih untuk masa yang terbuang, terima kasih untuk tawa yang pernah didendang, terima kasih untuk tangis yang pernah berlinang. Terima kasih untuk doa yang pernah dirafak. Terima kasih untuk manis dan pahit yang kekal terpasak. Terima kasih untuk segala - gala dan seluruh semesta. Terima kasih.

Inilah penutup yang aku cari-cari. Aku sudah sepenuhnya redha.

Senyum.


Mungkin Berdiam, Adalah Cara Menangis Yang Terpaling Lantang

$
0
0

 Assalamualaikum.

 Salam 2021.

Lamanya aku tak menulis dalam blog ni. Satu masa dulu, blog ni pernah jadi tempat aku untuk mencurah segala rasa, aku carikkan segala luka segala rahsia dalam blog yang tak seberapa. Dari sekecil - kecil perkara, sehinggalah sebesar - besarnya. Semuanya aku kongsikan dekat sini. Entah kenapa, menulis, yang satu masa dulu pernah aku rasakan sebagai passion terbesar dalam hidup, perlahan - lahan aku tinggalkan. Banyak benda yang aku nak share, tapi entahlah. Semuanya berakhir dengan tanda noktah yang tak punya sambungannya lagi. 


Banyak yang aku lalui. Tapi semuanya samar - samar dalam memori. Mimpi ke? Atau sebenarnya aku yang menidakkan realiti?Dalam usia yang bakal menginjak tiga puluh lapan, aku mula untuk persoalkan nilai - nilai sebenar kehidupan. Bergunakah aku? Atau aku cuma satu lagi sosok manusia yang nantinya berakhir menjadi kayu bakar api neraka? Masih banyak persoalan yang berlegar-legar dalam kepala. Tapi semuanya aku biarkan tanpa jawapan. Apa yang aku boleh simpulkan, aku dipaksa untuk menjadi kuat. Kerana untuk masa sekarang, menjadi kuat sahajalah pilihan yang ada untuk aku ambil. Mahu atau tidak. Bersedia atau tidak. Aku tak punya pilihan.


Mungkin sudah terlalu lama aku berdiam. Mungkin aku perlu menulis semula. Meluah semula. Orang kata, diamnya orang yang suka menulis, mungkin kerana hilangnya sumber inspirasi? Entahlah. Mungkin berdiam, adalah cara menangis yang terpaling lantang. Mungkin dah sampai masa untuk Tuhan terbalikkan roda hidup aku. Kalau dulu asyik sentiasa di atas, asyik sentiasa gembira. Mungkin ini masa untuk Tuhan beri aku rasa luka, rasa lara, rasa kecewa. Bukankah doa aku di atas sejadah setiap kali aku usai menyembah, "Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian Mu." Macamana aku nak tahu yang aku tabah? Macamana aku nak tahu yang aku kuat? Mungkin ini caranya.

Sigh.

Kadang-kadang. Aku rindukan diri aku yang dulu. Yang jarang guna otak. Yang tak pernah serabut benda yang bukan-bukan. Yang tak pernah kisahkan ciap-siap manusia yang lain. Yang sentiasa ketawa, yang sentiasa sunging bahagia.


Mungkin taqdir hidup yang aku jalani sekarang, adalah perjalanan untuk setiap doa-doa yang aku titipkan selama ini untuk Tuhan. Tuhan beri apa yang aku perlu. Tuhan tidak beri apa yang aku mahu.


Mungkin.

Tiba-tiba rindu Penang.
Babai.


Jangan Tanya Kenapa

$
0
0


Assalamualaikum.

Kadang-kadang, dalam hidup kita ni, sekuat manapun kita mencari tahu, segigih manapun kita menggali itu ini, korek sana sini, kalau Tuhan kata "Belum sampai masa untuk engkau tahu. Akur dengan waktu Aku, bukan waktu kamu."tetaplah segala pencarian kita tadi tu berakhir dengan sesuatu yang sia - sia. Buntu. Tak ada jalan selesai. Tu yang kita akan jadi serabut, kita jadi macam tak tentu arah. Hati tak tenang. Fikiran jadi galau, jiwa jadi walang. Sebab manusia ni sifatnya satu, makin dilarang, makin dibuat. Kita sentiasa cari jalan untuk menjadi yang serba tahu. Alasan kita, selagi tak tahu, selagi itulah jiwa jadi kecamuk dan buntu. Tak jumpa damai. Sedangkan Tuhan kata, "Kalau mahu tenang, ingatlah Aku."

Biasalah manusia.

Kita selalu pertikai. Kenapa dan mengapa. Kita tak pernah percaya Tuhan punya rencana. Kita rasa kita yang paling bagus kemudi hala tuju masa depan kita, sedangkan kita ini cuma merancang. Yang menentukan, tetaplah Tuhan. I learn this, in a hard way.

Dulu, satu masa tu, aku pernah seserabut ini. Kesana kesini mencari tahu sesuatu yang aku musykilkan. Sesuatu yang seringkala menganggu tenang, yang seringkali meriak curiga dalam hati aku. Hati penuh syak dan sangka. Tapi entah kenapa setiap jalan yang aku cuba teroka, mesti nerakhir dengan buntu dan kecewa. Masa tu, tidur tenang di waktu malam menjadi sesuatu yang asing. Selalu jugak aku terbangun malam, hyperventilating tak semena-mena. Susah nak bernafas secara tiba-tiba, dada terasa berat dan menekan-nekan. Kusut sangat fikiran.Terlalu sibuk mencari tahu dan mencari jawapan, semata-mata nak puaskan hati sendiri yang penuh dengan sangkaan. 

Aku tahu sesuatu yang bangsat telah berlaku, tapi aku tak tahu mana nak cari punca, mana nak cari bukti, mana nak mula hala tuju. Dan akhirnya aku sendiri yang menderita. Panic attack, depresi ringan mungkin dan akhirnya aku tiba dalam satu keadaan dimana aku menjadi sangat paranoid. Semuanya aku rasakan sangat mencengkam dan celaka. Aku menjadi seorang yang pasif, negatif dan penuh dengan 1001 tanggapan.

Waktu itu, seketika - aku lupa yang sebenarnya di dalam keadaan yang penuh mendesak itu, Tuhan rupanya sedang berbicara secara terus dengan aku. Aku diuji, rupanya aku yang tak mengerti. Aku diberikan perhatian penuh sama Tuhan, lalu dibelainya aku yang lalai ketika itu dengan sedikit ujian Tuhan. Hati aku dipenuhkannya dengan sedikit rasa syak wasangka, dan akhirnya aku sendiri yang terduduk di kaki lima taqdir kerana terlalu selalu menyalahkan semesta atas setiap musibah yang berlaku. Aku lupa, yang Tuhan sebenarnya mahu mendengar aku merintih dan menangis, menginsafi khilaf diri. Sepatutnya aku berhenti cari tahu dan berhenti tanya ini itu. Sepatutnya, untuk setiap celaka yang aku terima, harusnya langkah sujudku laju menuju Dia.

Bila jawapan yang aku cari, tiada di bumi. Aku cuba mencari jawapan dilangit. Usai solat lima waktu, aku panjatkan doa kepada Tuhan agar dikurniakan aku kekuatan. Aku merayu dengan segala pelusuk hati dan jiwa, agar dikurniakan aku hati yang tenang dan bebas dari walang, supaya setiap tangis dan sujudku hanya untuk Dia Yang Satu, dan bukan yang lainnya.

Aku bangun malam, mencuba-cuba tahajjud walaupun tidak sekerap orang lain. Di setiap rakaat, basah sujudku dengan linangan airmata. Aku adukan semuanya pada Tuhan. Aku adukan segala rasa hati yang galau kepada pemilik mutlak hati hambaNya. Aku adukan semua yang aku rasa.Al-quran yang selama ini hanya menjadi hiasan, aku buka lembarannya satu-satu. Mengalir airmata aku membayangkan betapa baiknya Tuhan selama ini dengan aku. Setiap masa yang terluang aku penuhkan dengan  zikir dan beristighfar. Aku sibukkan diri dengan mendengar input-input keagamaan.

Dan maka benarlah, tenang itu datang ketika kita mencari Tuhan.

Walaupun masih rentan, walaupun masih galau, tapi aku sudah punya kuat untuk menghadapi dunia nyata. Walaupun masih belum jumpa dengan jawapan yang aku cari, aku serahkan segalanya bulat bulat kepada Tuan Empunya Langit Dan Segala Isi Bumi. Biarlah selama manapun Tuhan mahu aku  berpetualang mencari jawapan untuk segala persoalan, aku tak peduli. Asalkan ada Tuhan menemani disetiap langkah yang aku lalui. Aku masih bertabrakan, tetapi hati aku tenang. Kerana aku tahu, aku ada Tuhan.

Setahun aku hidup begitu. Masih dalam tanda tanya, tetapi hati aku sudah tenang walaupun belum redha. Redha. Menerima tanpa tanya. Memeluk tanpa curiga. Menyerahkan segala batin zahir kepada yang Empunya semesta. Aku jadi seutuhnya yakin dan percaya, Tuhan akan tunjukkan aku jalan dan jawapan, bila aku bersedia. Tuhan mahu aku bersedia, sebelum terungkai segala kusut yang bermaharajalela. Aku yakin, aku akan tahu segelanya bila Tuhan rasa aku sudah bersedia. Ingat. Masa dia bukan masa kita. Dan untuk itu, terima kasih Tuhan. Untuk setiap remuk hati dan segenap pelajaran.

Dan -

Disaat aku berhenti bertanyalah itulah, Tuhan kurniakan aku dengan segala jawapan yang aku cari selama ini. Dan satu persatu, segala apa yang menjadi tanda tanya, sesak dada, galau jiwa - Tuhan tunjukkan. Tuhan tunjukkan, Tuhan beri jalan, Tuhan beri ilham dengan cara yang tak pernah aku sangka - sangka. Jawapan yang buat aku tertanya - tanya. Kalaulah apa yang aku tahu sekarang, Tuhan beri aku tahu setahun yang lalu, mungkinkah jalan aku ambil bakal berbeza? Mungkinkah taqdir aku bakal merubah semesta dan segala isinya? Kuatkah aku ketika itu kalau aku tahu awal dari masa yang Tuhan taqdirkan? Mengapa selepas setahun, baru akhirnya Tuhan berikan aku jawapan?

Jawapannya mudah. Tuhan belum izin. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk aku. Dalam masa setahun, aku mencanai hati supaya jadi lebih kuat dan jitu persis besi keluli. Dan Tuhan hidangkan segalanya, bila aku sudah siap, dan bersedia. Kuda - kuda sudah terpasak kukuh tak mungkin tersadung langkahnya nanti.

Dan maka benarlah,

masa Tuhan, bukan masa kita.


Terima kasih, Ya Allah.

Pulangkan Aku Yang Dulu.

$
0
0

 Assalamualaikum. 

Hari ini tiba-tiba aku rasa macam nak menulis. Padahal dulu menulis merupakan satu-satunya passion yang aku ada. selain membaca. And makan la obviously. Tapi entahlah, lately ni semakin aku tua semakin pula aku malas menulis, apatah lagi membaca. Ampun Ya Tuhan. Semua pun malas. Pernah la jugak aku membuat beberapa percubaan untuk drafting, tapi lepas tu berkubur sajalah. Kalau aku terlalu rindukan mahu meluah, aku buat short videos dan post dimana-mana socmeds yang aku ada. Biasanya Instagram. Tapi itu pun tak rajin jugak. Entah apa yang aku busykan pun aku tak tahu. Puisi jangan cakaplah, dah lama aku kuburkan. I guess, poems are not valid anymore nowadays. Dunia chaotic sangat. Semua orang dah jadi gila.

Tahun 2020 berlalu dan berkubur begitu sahaja. Ada mencuba membuat beberapa kali percubaan merentas negeri-negeri di Malaysia. Tapi di dalam norma baru yang aneh. Bertopeng. This covid thingy makin lama makin sial jadinya. Tapi sebenarnya bertopeng ke sana sini is not a bad idea actually. Bukankah kita selalu bertopeng munafik dan durja? Bukan benda asing bagi kita kan. Tapi itulah. Sesak juga nafas dihela. Aku ke Penang sekali lagi, ke Cameron Highland dan last sebelum penutup 2020, aku ke Ipoh lagi sekali. Pergi ke Ipoh dah macam menjadi acara tahunan sekarang. Tiga tahun berturut ke Ipoh. Apa yang ada di Ipoh? Entahlah. Sisa-sisa kehidupan, mungkin? Jangan tanya kenapa aku suka pergi Ipoh. Sebab aku pun tak tahu. Jawapan terkubur bersama berkuburnya Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Sepet yang membawa aku ke Ipoh. Begitulah.

As much as I hate 2019, aku rindukan ia juga sebenarnya. Tahun terakhir aku menjadi normal. Kerana selepas 2019 berlalu, aku hilang 'aku' yang dulu. Aku sendiri tak kenal siapa aku yang sekarang. Jasadnya sama, jiwanya beda. Melihat aku dicermin, bagai melihat jiwa asing yang aku tak kenal. Dan aku masih dalam proses mengupas kulit 'aku' yang baharu. Setiap kupasannya umpama bawang, pasti merembeskan air mata. Mungkin kalau aku menyimpulkan 2019 sebagai sesuatu yang 'sial', aku boleh jatuh menjadi manusia yang kufur nikmat. Kerana 2019 lah tahun yang ternyata aku terlalu banyak dimanjakan Allah. Diberikan kejayaan yang berlipat kali ganda, walaupun digarisan akhirnya harus aku balas dengan segala bangsat segala celaka. Ya Allah, ampunkan jiwa ku yang khilaf. Dan 2019 jugalah saat aku mula membenci bulan lahirku sendiri. Dari awal, sampai ke akhir. Terlalu banyak yang menyeksa dan merana. Nauzubillah ya Tuhan, ampunkan hamba Mu ini yang tidak tahu bersyukur.

Dan sedari saat itulah, aku mula mencari diri. Mengenal Tuhan, mengenal syaitan. Kerana adakalanya garisan antara putih hitam, menjadi kelabu dan mengelirukan aku. Kadang yang aku gapai adalah bisikan-bisikan sial si durja dan bukannya kalam si Penguasa sekalian petala semesta. Nauzubillah ya Allah. Dan aku masih terus dalam perjalanan dan perjuanganku bertemu Tuhan yang satu.

Dan adakalanya aku rintihkan, "Pulangkan aku yang dulu."

Esak.

Esak.

Esak tangis.


Aku kena terus kuat, kerana itu sahaja pilihan yang aku ada. Menjadi seorang 'Norhayati' tidak mengizinkan aku untuk menjadi lemah. Tidak sesekali. 

Berkati langkahku Ya Allah, sehingga nadi dan nafasku terhenti.


Semoga tulisan ini takkan terhenti mati di sini. Insyaallah.

Sampai jumpa lagi❤

Viewing all 182 articles
Browse latest View live